Monday, February 15, 2021
Keratan akhbar "The Strait Times" Singapura pada February 15, 1911 ini adalah mengenai Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman Muazam Syah, Sultan Riau Lingga
Kenyataan Akhbar tersebut adalah bagi menjawab Pengumuman Rasmi (Gazette) oleh Netherlands India Government (Pemerintah Belanda) pada 11 February 1911 di akhbar yang sama berhubung dengan tindakan Pemerintah Belanda menurunkan baginda secara paksa daripada tahta Kerajaan Riau Lingga.
Didalam Kenyataan Akhbar tersebut, Sultan Abdur Rahman Muazam Syah memberitahu bahawa baginda serta Kerajaan baginda senantiasa berusaha serta bekerjasama sebaik mungkin didalam suasana harmoni dengan Pemerintah Belanda, meski pun kerap kali pihak Pemerintah Belanda melakarkan perjanjian yang mengurangkan kuasa dan keistimewaan baginda dari masa ke semasa, pada setiap perjanjian baru semakin banyak kuasa Pentadbiran baginda yang diambil dari tangan baginda dan dipindahkan kepada Pegawai Pegawai Pemerintah Belanda.
Kesemua perjanjian perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh baginda dan baginda memenuhi semua perkara perkara yang terkandung didalamnya, kerana baginda tahu bahawa, apabila terdapat dua kuasa, maka kuasa yang lemah harus memberi laluan kepada kuasa yang kuat , dan juga memahami akan keperluan untuk tinggal bersama bersesuaian dengan perlindungan yang telah diberikan kepada baginda serta Sultan terdahulu, asalkan permintaan permintaan yang di ketengahkan oleh Kuasa tersebut tidaklah terlalu menyusahkan dan yang tidak munasabah.
Beberapa bulan sebelumnya, satu lagi perjanjian baru yang di cadangkan oleh Resident Riau yang datang ke istana baginda di Pulau Penyengat dan membacakan cadangan perjanjian tersebut di hadapan baginda dan para menteri baginda. Setelah mendapatkan pandangan dari Kerajaan baginda, maka diputuskan bahawa baginda bolehlah menandatangani perjanjian tersebut, dan pada 26 Disember 1910, Resident menjemput baginda untuk datang ke Tanjung Pinang untuk baginda menurunkan tandatangan baginda.
Apabila baginda membaca perjanjian yang diberikan itu, baginda dapati bahawa ianya tidak sama dengan perjanjian yang dibacakan dahulu kepada baginda dan para menteri baginda, namun begitu Resident tetap juga mahukan baginda untuk menandatangani perjanjian itu. Baginda tidak mahu menandatangani perjanjian yang baru itu sehinggalah baginda berbincang dahulu dengan Kerajaan baginda dan pada masa yang sama baginda meminta Pesident untuk menghantarkan satu salinan kepada Kerajaan baginda untuk diteliti.
Beberapa hari kemudian satu salinan perjanjian yang baru itu dihantarkan kepada baginda dan baginda pun mengadakan mesyuarat dengan para menteri baginda, yang teperanjat melihatkan isi kandungan nya, yang sangat berlainan daripada perkara perkara yang dahulu dibacakan kepada mereka. Didalam perjanjian akhir ini, semua kuasa baginda sebagai Sultan diambil daripada baginda dan di kurangkan hingga hanya menjadi sebagai Ketua Adat Istiadat saja, seluruh kuasa Pentadbiran Kerajaan akan diambil dari tangan baginda sehinggakan tidak mempunyai apa apa kuasa ditanah datok moyang sendiri, begitu juga dengan wang elaun yang selalu dibayarkan kepada baginda setiap bulan sebagai ganti bagi kesemua hilangnya cukai pendapatan Negara disebabkan oleh perjanjian perjanjian yang dipaksakan untuk baginda tandatangani, juga akan dikurangkan.
Baginda telah dinasihatkan secara rasmi oleh Kerajaan baginda untuk menjawab bahawa cadangan perjanjian tersebut adalah terlalu membebankan dan meminta agar satu perjanjian yang tidak terlalu membebankan dibuat. Baginda juga telah meminta agar jawapan baginda itu di kirimkan juga kepada Governor General of the East Indies untuk pertimbangan nya.
Pada 6 February 1911, baginda telah pergi ke Lingga untuk suatu tugas berhubung dengan satu kes pembunuhan dan pada 8 February baginda berangkat pulang ke Riau melalui Selat Panjang dimana baginda berhenti untuk bermalam. Pada 9 February, semasa hampir di Riau, baginda bertemu dengan perahu Pemerintah Belanda, “Braca” dan diberitahu bahawa baginda telah di turunkan daripada tahta Kerajaan.
Sehingga ke tarikh ini, baginda tidak menerima jawapan akan permintaan baginda agar satu perjanjian baru dilakarkan atau meminta baginda untuk menandatangani semula perjanjian yang dahulu.
Setibanya baginda di Riau, baginda terperanjat melihatkan tiga kapal perang yang telah menurunkan askar askar di Pulau Penyengat.
Askar askar ini telah memecahkan dan membuka gudang minyak benzene dan dua lagi bangunan untuk mencari sejumlah senjata api serta peluru, dan Resident juga bertanya kepada baginda samaada baginda ada menyembunyikan 700 pucuk senapang dan peluru.
Pasti nya baginda tidak mempunya senjata senjata tersebut dan juga peluru, maka tiada satu pun yang ditemui.
Pegawai yang mengetuai tugas tersebut menyuarakan rasa marah nya kerana telah dihantar menjalankan tugas yang tidak menemuikan hasilnya, kerana Sultan dan Kerajaannya serta rakyatnya didapati tetap bersetia dengan Pemerintah Belanda dan tiada terdapat tanda tanda bahawa mereka sedang bersiap siap untuk melakukan perlawanan.
Sultan Abdurrahman juga menyatakan rasa yakinnya bahawa kenyataan baginda ini akan diterbitkan oleh akhbar ini, kerana baginda tidak boleh membiarkan tuduhan yang diterbitkan di Pengumuman Rasmi (Gazette) Netherlands India Government (Pemerintah Belanda), yang menyatakan bahawa baginda berpakat dengan kumpulan penentang Pemerintah Belanda di biarkan tanpa di jawab untuk memberitahu bahawa tuduhan itu adalah tidak benar.
Baginda juga menyatakan bahawa cadangan untuk mencalonkan cucu lelaki baginda yang berusia 10 tahun sebagai Sultan, tanpa diragukan lagi bahawa ianya untuk membolehkan Pemerintah Belanda untuk memboleh kan semua perjanjian mereka dilaksanakan dengan mudah dan memindahkan semua kuasa ketangan mereka, serta memungut cemua cukai cukai, pertambangan dan lain lain keuntungan, yang merupakan keinginan dan tujuan sebenar baginda di turunkan daripada tahta Kerajaan.
(Ditandatangani didalam tulisan jawi)
Raja Abdur Rahman Bin Mohamed Eusope.
Tuesday, February 2, 2021
Gerakan Sultan Riau 1946 - 1950 oleh : Aswandi Syahri – Tanjungpinang Pos, 2 Feb 2013.
Sementara itu, dua tahun kemudian, tepatnya bulan Mei 1948, surat kabar The The Straits Times yang terbit di Singapura menulis sebuah berita dibawah judul, “Rhio-Happy and Free” (arti harfiahnya, Masyarakat Kepulauan Riau Bergembira dan Merdeka).
Isi kepala berita yang aslinya ditulis dalam bahasa Inggris tersebut, kira-kira adalah sebegai berikut: “Rakyat Kepulauan Riau (Rhio Archipelago) sangat gembira dengan status baru pemerintahan otonom (self-government) mereka.
Ketua Dewan Riau (Riouw Raad), Muhammad Apan, mengatakan hal ini di Singapura, kemarin.”Isi kutipan dua berita surat kabar yang terbit di Jakarta dan Singapura tersebut adalah dua contoh bagaimana bentuk reaksi dan hasil yang muncul di daerah, khususnya Kepulauan Riau, setelah Soekarno dan Hatta memproklamasikan kemerdekaan Indonesia pada 17 Agustus 1945.
Proklamasi Indonesia pada dasarnya adalah revolusi. Suka atau tidak suka ia akan mengarah kepada revolusi: sebuah gerakan perubahan mendasar yang berlansung cepat dan keras. Banyak hal dapat terjadi tanpa diduga. Dan sudah tentu banyak kelompok muncul, mencari kesempatan untuk memanfaatkan situasi kacau dan belum jelas.
Reaksi Terhadap Proklamsi 17 Agustus 1945
Selain menciptakan respon kolektif yang menyeluruh di Pulau Jawa, dan daerah-daerah di luar Jawa, ternyata gema proklamasi kemerdekaan Indonesia yang diproklamirkan oleh Sukarno-Hatta di Jakarta pada 17 Agustus 1945 juga telah menciptakan beragam persepsi dan “gejolak lokal”. Karena setiap daerah mempunyai persoalan dan pengalaman sejarah yang berbeda-beda. Akibatnya ada daerah yang merespon secara pasif dan ada pula yang reaktif.
Jika di Sumatera Timur respon dan persepsi lokal terhadap proklamasi kemerdekaan itu telah menciptakan sebuah revolusi sosial yang antara lain ditandai dengan pembunuhan sejumlah keluarga diraja, dan hancurnya pemerintahan raja-raja di daerah itu.
Maka sebaliknya di Kepulauan Riau, sejumlah kerabat keluarga diraja Riau-Lingga yang dulu menyingkir ke Singapura dan Malaysia berupaya menghidupkan kembali kerajaan tersebut dihapuskan oleh pemerintah Hindia Belanda.
Esai singkat ini adalah sebuah “diskusi awal”.
Dan akan mencoba mendiskusikan secara sepintas lalu sebuah episode “kecil” dalam hiruk-pikuk panggung sejarah zaman revolusi Indonesia pada tingkat lokal di Kepulauan Riau.
Sebuah fase, ketika gema proklamasi kemerdekaan Indonesia akhirnya juga mendapat tanggapapan di Kepulauan Riau, dan menciptakan reaksi-reaksi serta persepsi individu, “kelompok-kelompok politik”, yang saling berlawanan dalam memainkan perannya sebagai bagian dari “elit revolusi”.
Gerakan Sultan Riau
Gagasan untuk menghidupkan kembali kerajaan Riau-Lingga setelah proklamasi 17 Agustus 1945 sebenarnya telah dimulai oleh sekelompok elit yang berasal dari zuriat kerajaan Riau-Lingga dalam sebuah pertemuan Melaka.
Dalam sebuah persidangan yang berlangsung di Singapura pada tahun 1947, kelompok yang dipimpin oleh Oengkoe Adoellah bin Omar ini, telah memperbincangkan tentang pembangoenan kembali daerah bekas kerajaan Riau-Lingga.
Diawali dengan membentuk sebuah organisasi yang diberi nama Dewan Rayat Riouw yang dipimpin oleh Oengkoe Abdoellah bin Omar. Dalam perjalanannya, organisasi ini kemudian berganti nama menjadi Persatuan Melayu Riau Sedjati (PMRS) dan berfungsi sebegai alat perjuangan untuk mendapatkan pemerintahan sendiri atau otonom (zelfbestuur) di daerah bekas kerajaan Riau-Lingga.
Anggotanya terdiri dari kerabat kerajaan Riau-Lingga dan orang-orang Melayu Riau-Lingga yang se-ide. Kantor pusat organisasi ini terletak kawasan High Street, Singapura. Ketika itu, Singapura merupakan daerah penting yang sangat menentukan dalam gejolak politik di Tanjungpinang dan Kepulauan Riau pada awal-awal proklamasi, karena Resident Riouw dalam pengasingan, Dr. J. van Waardenburg, berkedudukan di sana.
Di awal perjalanannya, sumber dana perjuangan kelompok ini berasal dari sejumlah pedagang dan pengusaha Cina terkemuka di Singapura asal Tanjungpinang, yang dijanjikan akan mendapatkan kontrak dan sejumlah monopoli konsesi tambang timah bila kelak perjuangan menghidupkan kembali kerajaan Riau-Lingga tersebut berhasil.
Salah satu yang terkenal diantara pengusaha Cina tersebut adalah Baba Lee pemilik Keppel Bus Company di Singapura.
Pengusaha Cina kaya ini menyumbang dana sebesar 45.000 Dollar dalam kurs mata uang Inggris ketika itu. Sebagai imbalannya Baba Lee dijanjikan akan mendapat monopoli pembangunan gedung dan perindustrian bila perjuangan menghidupkan kembali kerajaan Riau-Lingga berhasil.
Selain Baba Lee, dua pengusaha Cina lainnya yang tercatat sebagai penyumbang dana adalah Lim Choo Seng dan Hoe Chap Teck dari Tanjungpinang.
Sebagai calon sultan yang kelak akan memerintah kerajaan Riau-Lingga yang “baru”, “gerakan” ini memilih cucu sultan Riau-Lingga terakhir, yang bernama Tengku Ibrahim bin Omar atau Tengku Ibrahim bin Tengku Umar, yang juga adalah putera bekas Tengku Umar atau Tengku Besar kerajaan Riau-Lingga.
Untuk mendukung gerakan ini, Tengku Ibrahim sendiri mengirim sepucuk permohonan dari Singapura yang ditujukan kepada Ratu Juliana dan menteri urusan luar negeri Belanda (minister van buitenlandschezaken) Dr. D.U. Stikker, pada bulan Nopember 1948.
Dalam surat itu, ia antara lain menuntut hal-hal sebagai berikut: 1. Hak memerintah sebagai seorang raja di Riau-Lingga; 2. Hutang atas hak konsesi tambang timah Singkep (N.V. Singkep Tin Exploitatie Maatschappij) dan sewa atas pulau Sambu oleh Batavia Petrolem Maatschappij yang belum dibayar kepada datuknya, Sultan Abdulrahman Muazamsyah.
Namun demikian, dalam realisasinya, terdapat sejumlah perselisihan dan friksi dalam pemilihan calon Sultan Riau-Lingga yang baru ini. Sebagai ilustrasi, ada satu kelompok yang menjagokan pula seorang kerabat Diraja Riau-Lingga yang bernama Tengku Endut dari Pahang sebagi calon sultan dari kelompok mereka.
Bagaimanapun, keputusan yang diambil ketika itu berpihak kepada Tengku Ibrahim yang berada di Singpura. Ia akhirnya dipilih oleh pimpinan gerakan ini sebagai calon Sultan Riau-Lingga yang baru.
Setelah menetapkan calon Sultan Riau-Lingga yang baru, kerabat diraja dan pimpinan Persatuan Melayu Riau Sejati mulai melakukan negosiasi dengan pemerintah Hindia Belanda melalui utusan yang dikirim langsung kepada Gubernur Jenderal Hubertus Johannes van Mook di Batavia (Jakarta).
SEJAK sekitar pertengahan 1946, kelompok ‘Gerakan Sultan Riau” dan beberapa perwakilan ‘lawan’ politik yang dimpim Dr. Iljas Datuk Batuah memindahkan ‘aktifitas politik’ mereka ke Tanjungpinang, karena ada ‘respons baik’ dari pemerintah Belanda. Di Tanjungpinang, kedua kelompok ini membuat ‘organisasi politik’ baru.
Tulisan ini, adalah bahagian terakhir dari tulisan minggu yang lalu. Masih dalam tema yang sama, tulisan ini akan memapar fase-fase ‘Gerakan Sultan Riau’ hingga tahun 1950, dan kompromi-kompromi politik yang terwujud dalam fase ini.
Bergerak di Tanjungpinang
Permohonan untuk mendapatkan hak berpemerintahan sendiri (zelfbestuur) dalam bentuk menghidupkan kembali lembaga Sultan dan Kerajaan Riau-Lingga ternyata dijawab oleh pemerintah Belanda dengan rencana pemembentukan dewan pemerintahan sipil yang bernama Riouw Raad (Dewan Riau) di Tanjungpinang.
Menanggapi rencana pembentukan Riouw Raad ini, sejumlah anggota penting Persatuan Melayu Riau Sejati (PMRS) pencetus “Gerakan Sultan Riau” yang berbasis di Singapura akhirnya pindah ke Tanjungpinang untuk merebut pengaruh politik dalam Riouw Raad yang akan dibentuk itu.
Setelah bergerak di Tanjungpinang, kelompok ini kemudian membentuk sebuah organisasi baru yang diberi nama Djawatan Kuasa Pengurus Rakjat Riau (JKPRR), dengan tokoh-tokoh: Raja Haji Abddullah Oesman sebagai ketua, Wakil Ketua Tengku Ahmad Atan, Encik Jafar Haji Uda sebagai sekretaris, dengan anggota-anggota berasal dari perwakilan daerah Pulau tujuh, Karimun, Lingga, dan Singkep. Secara eksplisit, organisasi baru ini semakin mempertegas tujuannya untuk berjuang “mengembalikan kedaulatan raja-raja Riau.”
Dalam disertasinya yang berjudul, The Indonesian Revolution and Singapore Connection 1945-1949, sejarawan Yong Mun Cheong mencatat bahwa JKPRR juga didukung oleh sekelompok pedagang-pedagang Cina lainnya yang juga punya andil dalam membantu perjuangan mereka untuk mengembalikan kerajaan Riau-Lingga.
Kelompok ini dipimpin oleh salah seorang pemilik usaha tambang timah di Singkep bernama Koh Peng Kuan yang berasal daerah Geylang, Singapura. Bersama-sama dengan pengurus JKPRR, Koh Peng Kuan pernah menggelar sebuah pertemuan di Singapura pada 10 Agustus 1946, dalam rangka mendukung gerakan itu.
Kepada Kong Peng Kuan, Raja Haji Abdullah Oesman menjanjikan akan menunjuknya sebagai kontraktor tunggal bagi sejumlah proyek pembangunan di Riau-Lingga bila kerajaan itu berhasil dipulihkan.
Selain itu, ia juga dijanjikan akan mendapatkan monopoli dalam usaha penambangan timah di Singkep. Sebagai kompensasi terhadap janji-janji itu, Koh Peng Kuan kemudian dilaporkan telah menyumbang uang sebanyak $16.000,- hingga $20.000,- pada bulan Februari 1946, sebagai tanda dukungannya terhadap “Gerakan Sultan Riau.”
Riouw Raad dan Kompromi Politik
Di Tanjungpinang, gerakan “restorasi” Kesultanan Riau-Lingga yang dikumandangkan oleh JKPRR mendapat pelawanan dari kelompok Republieken pimpinan Dr. Iljas Datuk Batuah yang juga menarik-pulang anggota perwakilannya di Singapura ke Tanjungpinang.
Kelompok Dr. Iljas, yang dalam arsip-arsip Belanda disebut niet-Riouwers (bukan orang Riau asli, yang terdiri dari gabungan etnis Minangkabau, Jawa, Batak, Palembang, keturunan India, Arab, dll) ini kemudian membentuk sebuah organisasi perjuangan yang bernama Badan Kedaulatan Indonesia Riau (Raja?) di Tanjungpinang, yang disingkat BKIR, pada tanggal 8 Oktober 1945.
Organisasi ini bertujuan untuk memperjuangkan masuknya daerah utama bekas kerajaan Riau-Lingga @ Kepulauan Riau, yang ketika itu masih dikuasai Belanda, ke dalam struktur pemerintahan Negara Republik Indonesia yang baru diproklamasikan dan membentuk pemerintahan baru yang melibatan penduduk tempatan dibawah pemerintahan Soekarno-Hatta.
Dalam ‘pertarungan politik ini’, apa yang dituntut oleh BKIR dan sejumlah ‘organisasi bawah tanah’ (onderbouw-nya) dijawab dengan pemberian otonomi (zelfbestuur) melalui pembentukan Dewan Riouw Sementara, dan tetap berada dibawah pemerintahan Belanda. Peresmian Pembentukan Riouw Raad Sementara pada 4 Agustus 1947 di Tanjugpinang.
Pembentukan Riouw Raad Sementara sekaligus menjadi jawaban bagi tuntutan Persatuan Melayu Riau Sejati (PMRS) yang mendukung ‘Gerakan Sultan Riau’. Tokoh utama PMRS seperti Raja Haji Abdullah Oesman, Encik Jafar Haji Uda, dan Tengku Ahmad Atan @ Tengkoe Achmad bin Tenkoe Atan juga diangkat menjadi anggota Riouw Raad bersama tokoh-tokoh ‘lawan politik’ mereka dari BKIR, perwakilan tokoh Tionghoa di Tanjungpinang, Pulau Tujuh, tokoh-tokoh Melayu dari Lingga, dan Kontroleur Belanda di Tanjungpinang, berdasarkan besluit Gubenur Jenderal Hindia Belanda No. 9 tanggal 12 Juli 1947.
Demikianlah, dalam pertelahan politik, kompromi adalah jalan keluar yang terbaik. Raison d’etre (pembenaran atau justifikasi) makna persatuan yang ‘subjektif’ sebagai motor penggerak Persatuan Melaju Riau Sedjati juga sirna bersama munculnya Raison d’etre makna persatuan yang baru dalam sebuah wadah majelis perwakilan rakyat bernama Riouw Raad (Dewan Riau) untuk bersama-sama merintis sebuah pemerintahan yang baru di Kepulauan Riau.
Misi Ke Jakarta: “…his talks were ‘secret’ ”
Bagaimana akhir kisah perjuangan “Gerakan Sultan Riau” dalam menghidupkan kembali Kerajaan Riau-Lingga? Tulisan singkat ini hanya memaparkan secara ringkas bagian kecil dari sebuah peristiwa besar dalam “Gerakan Sultan Riau” yang kompleks.
Masih diperlukan sebuah kajian sejarah yang mendalam. dengan memanfaatkan bahan sumber arsip sezaman. Sangat banyak bahan arsip dan laporan sezaman, baik yang bersal dari pihak Belanda maupun lokal, serta bahan lain yang dapat membantu. Dalam simpanan saya, tedapat ratusan lembar salinan bahan arsip dari Nationaal Archief Belanda di Den Haag dan Arsip Nasional Republik Indoensia di Jakarta, yang sangat kaya dengan informasi dan data otentik tentang persoalan ini.
Namun yang jelas, gema perjuangan “gerakan ini” masih terus terdengar setelah Kepulauan Riau sebagai bekas wilayah utama kerajaan Riau-Lingga diberi hak “otonom” dalam bentuk zelfbestuur dibawah kendali Riouw Raad bikinan Belanda yang diresmian pada 4 Agustus 1947 di Tanjungpinang, dan ketika Kepulauan Riau menjadi sebuah Kabupaten bagian dari Negara Republik Indonesia setelah penyerahan kedaulatan pada bulan Desember 1950.
Satu hal yang pasti, hingga bulan September 1950, kepercayaan terhadap keberhasilan “Gerakan Sultan Riau” masih kuat. Paling tidak, dikalangan zuriat Sultan Riau terakhir dan pendukungnya di Singapura.
Beberapa ilustrasi dapat saya kemukakan dalam kesempatan ini. Dari Singapura, seorang bernama T. Hamzah bin Achmad yang menyebut dirinya sebagai Vice-Presiident dari Setia Usaha “Persatuan Melaju Riouw Sedjati” (P.M.R.S) melayangkan sepupucuk surat kepada Presiden Soekarno pada 1 Juli 1950, menyusul surat yang dikirimkan dari Singapura pada 9 Januari 1950. Isinya masih sam. ‘Restorasi’ Riau-Lingga dan mengusulkan Tengku Ibrahin bin Tengku Omar sebagai calon Sultan Riau yang baru.
Setahun kemudian, tepatnya 31 Agustus 1950, masih dari Singapura, sepucuk surat registered-Air-Mail dengan perihal serupa dilayang oleh Ketua Setia Usaha PMRS bernama Capt. Ismail bin Ahmad. Isinya penuh pengharapan kepada Presiden Soekarno dan dengan pertolongan Bupati Riouw (Kepulauan Riau).
Bagian penting surat itu ditulis sebegai berikut: “…berharaplah kami orang Ra’jat Riouw dari Luar dan Dalam Negeri semuanya bertjinta [bercita-cita?] akan menerima Radjanya kembali dengan seberapa segera dengan dikorniakan oleh Negara R.I. jang adil dan berdaulat itu,…”
Bagaimana hasil ‘diplomasi’ dan misi ke Jakarta ini? Satu hal yang pasti, pada 10 Desember 1950, setelah selama dua bulan mengunjungi Jakarta dalam rangka sebuah negosiasi ‘memujuk’ pemerintah Republik Indonesia sempena “menghidupkan kembali” Kerajaan Riau-Lingga, Tengku Ibrahim bin Omar memberikan sebuah “isyarat yang menggembirakan” sesaat setelah ia mendarat di Kallang Airport Singapura. Oleh karena itu, ia disambut dengan gegap gempita oleh pendukungnya.
Ketika ditanya oleh reporter surat kabar The Straits Times, cucu mantan Sultan Riau-Lingga yang terakhir itu memberikan jawaban yang meyakinkan. Ia mengatakan bahwa, “…his talks [in Jakarta] were ‘secret’”. Ada sebuah pembicaraan yang sifatnya rahasaia di Jakarta. Ia mengharapkan Presiden Soekarno mengunjungi Rhio (Tanjungpinang) dengan segera (…but [he] added that the Indonesian President, Dr. Soekarno, is expected to visit Rhio “very soon”).
Pada 11 September 1950, Presiden Soekarno memang datang bertandang ke Tanjungpinang. Dan Kepulauan Riau ketika itu telah bergabung dalam Republik Indonesia sebagai hasil dari Konfrensi Meja Bundar (KMB). Soekarno datang untuk misi yang lain. Sebuah kunjungan ‘propaganda’ untuk menjelaskan masalah Irian Barat, dan ‘meredam’ dampak aksi-aksi ‘gerakan revolusioner’ yang mulai memanas di Sumatera, di tengah revolusi Indonesia yang belum selesai.
****************************************************************************************
Pada tahun 1950, wilayah Riau Lingga yang ibu kota nya di Tanjung Pinang telah dijadikan Keresidenan Indonesia yang dinamakan Keresidenan Riau dan dimasukkan didalan Provinsi Sumatera Tengah yang juga meliputi Jambi dan Sumatera Barat, apabila Pemerintah Belanda secara rasmi menyerahkan semua wilayah yang didudukinya kepada Republik Indonesia pada Disember 1949 menerusi perundingan Konferensi Meja Bundar di Belanda. Pada tahun 1950 juga, usaha untuk menghidupkan kembali Kerajaan Riau-Lingga yang bermula pada tahun 1946 itu telah ditolak oleh Presiden Soekarno. Gerakan untuk menghidupkan kembali Kerajaan Riau-Lingga ini kemudian nya di anggap ini sebagai pemberontak dan tindakan segera diambil terhadap gerakan ini sehingga memaksa pemimpin pemimpin angkatan gerakan Riau ini iatu Raja Muhammad Yunus dan lainnya untuk melarikan diri ke Johor bagi mengelakkan diri daripada di tangkap. Dengan itu tamat lah usaha untuk menghidupkan kembali Kerajaan Riau-Lingga diawal pemerintahan baru Republik Indonesia, yang diharapkan untuk menjadikan seperti Daerah Istimewa Kerajaan Yogyakarta.
Saturday, January 30, 2021
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah Sultan Riau Lingga Ke-10
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah merupakan Sultan Riau Lingga Ke-10. Baginda mendapat kuasa daripada bonda baginda Tengku Embong Fatimah Binti Sultan Mahmud Muzafar Syah, Yang Dipertuan Besar Riau Lingga ke-8. Sultan Mahmud Muzafar Syah tersebut telah diturunkan dari tahta oleh Kompeni Belanda pada tahun 1857 kerana tiada mahu turut arahan dan peraturan mereka. Kompani Belanda kemudiannya meminta Yang Dipertuan Muda Raja Abdullah serta kerabat2 Diraja Riau Lingga untuk menabalkan saudara kandung Sultan Mahmud Muzafar Syah iaitu Tengku Sulaiman sebagai Yang Dipertuan Besar Riau Lingga ke-9 bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah mangkat pada tahun 1883 dan tidak mempunyai putera yang dapat menggantikan baginda, sebab putera baginda Tengku Daud yang menjadi Tengku Besar telah mangkat terlebih dahulu.
Anak saudara almarhum iaitu Tengku Embong Fatimah Binti Sultan Mahmud Muzafar Syah kemudiannya ditabalkan sebagai pengganti almarhun Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Kompani Belanda serta Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi dan kerabat2 Diraja Riau Lingga kemudian nya menabalkan Tengku Embong Fatimah bagi menggantikan almarhun Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Setelah 2 tahun kemudian Tengku Embong Fatimah meminta persetujuan bersuaminya, Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi, Yang Dipertuan Muda Riau ke-10 untuk menyerahkan kuasanya kepada puteranya, Raja Abdul Rahman menjadi Sultan Yang Dipertuan Besar bergelar Sultan Abdul Rahman Muazam Syah pada tahun 1885.
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah memerintah Kerajaan Riau Lingga daripada kediaman rasmi baginda diDaik, Lingga. Manakala ayahanda baginda, Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi yang memegang jawatan Yang Dipertuan Muda Riau ke-10 memerintah daripada kediaman rasmi Yang Dipertuan Muda Riau diPulau Penyengat.
Mulai tahun 1899 setelah mangkatnya Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi mangkat diDaik, Lingga, Kompani Belanda mula memberi tekanan kepada Sultan Abdul Rahman Muazam Syah dengan memberikan arahan arahan secara paksaan. Sebagai permulaan Jawatan Dipertuan Muda Riau yang sepatutnya disandang oleh saudara kandung Sultan Abdul Rahman Muazam Syah sendiri iaitu Raja Ali Kelana tidak dibenarkan. Sebaliknya Sultan Abdul Rahman Muazam Syah dikehendaki memegang kedua dua Jawatan Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertuan Muda Riau.
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah kemudian memindahkan pusat pemerintahan dan kediaman rasmi baginda dari Daik – Lingga ke Pulau Penyengat pada tahun 1903. Sejak itu Sultan Abdul Rahman Muazam Syah jarang jarang pergi ke Lingga kecuali pada upacara upacara rasmi seperti “Mandi Safar” dan lain lain. Sebagai wakil Kerajaan dikawasan Lingga baginda mengangkat Raja Abdul Rahman Bin Abdullah.
Pada tahun 1905 Kompeni Belanda mula memberikan tekanan politik serta mempersempit kan kemerdekaan Kerajaan Riau Lingga dengan memaksa Sultan Abdul Rahman untuk menandatangani kontrak yang menghendaki Sultan supaya menurut arahan arahan yang tertera didalam kontrak tersebut, seperti bendera Belanda haruslah dinaikkan lebih tinggi daripada bendera Kerajaan Riau Lingga dan sebagainya. Namun Sultan Abdul Rahman berserta kerabat kerabat baginda yang bertindak sebagai penasihat kerajaan Riau Lingga membuat bermacam macam tindakan dan tidak mengikuti arahan arahan Kompeni Belanda seperti yang terdapat didalam kontrak tersebut.
Sementara itu Tengku Umar iaitu putera Sultan Abdul Rahman yang memegang jawatan Tengku Besar (sama seperti Tengku Mahkota), mula membentuk semacam barisan tentera sukarelawan Kerajaan Riau Lingga di Pulau Penyengat. Kompeni Belanda yang mula resah serta takut bangkitnya kembali semangat jihad seperti yang ditunjukkan diwilayah ini oleh Raja Haji Fisabillah, telah berusaha untuk mencegah daripada membesarnya tentera sukarelawan Kerajaan Riau Lingga tersebut. Oleh yang demikian, Kompeni Belanda cuba memaksa Sultan Abdul Rahman untuk satu lagi kontrek perjanjian baru yang merugikan darjat kedudukan, marwah, kedaulatan serta kebendaan Kerajaan Riau Lingga. Namun tekanan daripada pihak Kompani Belanda untuk menandatangi kontrak tersebut ditolak oleh Sultan atas nasihat pembesar pembesar baginda yang tegas seperti Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam dan kerabat kerabat terdekat baginda yang bertindak selaku penasihat Kerajaan Riau Lingga.
Pada minggu pertama bulan Safar tahun 1329 Hijrah bersamaan dengan awal bulan Februari tahun 1911, Sultan Abdul Rahman Muazam Syah pergi ke Daik – Lingga untuk melakukan upacara “Mandi Safar” dan pada hari tersebut jugalah Kompeni Belanda mula melakukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan Kerajaan Riau Lingga di pusat pemerintahannya diPulau Penyengat. Pada pagi itu, sebuah kapal perang Belanda telah mendekati Pulau Penyengat dan mendaratkan beratus ratus orang askar “marsose”nya dan mula mengepung istana istana Kedaton, tempat kediaman Tengku Besar, Raja Ali Kelana dan tempat tempat lainnya diPulau Penyengat itu. Setelah itu datanglah Kontelir (Pegawai Daerah Belanda) H.N.Veemstra dari Tanjung Pinang untuk menyampaikan sebuah pemberitahuan yang berbunyi:-
PEMBERI TAHU
Dengan nama JANG DIPERTUAN BESAR GOVERNEUR GENERAL BETAWI dichabarkan :
Maka adalah Seri Paduka Government Hindia Nederland menimbang fardu ini hari djuga SERI PADUKA TUAN SULTAN ABDULRAHMAN MU’ADZAM SYAH dan TENGKU UMAR (TENGKU BESAR) Keradjaan Riau Lingga serta daerah takluknya diberhentikan dari pada pangkatnya itu.
Maka Tuan Sultan diberhentikan dari pangkatnja itu sebab banjak kali melanggar Politik Contract; beberapa kali djuga diberi nasihat oleh SERI PADUKA GOVERNEUR GENERAL BETAWI dan SERI PADUKA TUAN BESAR RESIDENT TANDJUNG PINANG. Maka itu dengan tiada Tuan SULTAN mengindahkan atau mengingatkan perdjandjian jang akan mengubahkan apa-apa jang tiada patut itu. Dan tiada sekali-kali akan melanggar Politik Contract lagi dan menurut segala perintah dan aturan SERI PADUKA GOVERNMENT dan wakilnja.
Dan djuga Tuan SULTAN hendak mendjalankan dan mengaturkan bersama-sama Wakil GOVERNMENT pemerintahan jang adil didalam Negerinja. Maka mungkirlah ia didalam perdjandjiannja dan djuga melanggar aturan jang menentang pasal memakai Bendera HOLLANDA.
Maka TENGKU BESAR diberhentikan dari pangkatnja itu sebab sama sekali ianja mengikutkan orang jang berniat bermusuhan dengan SERI PADUKA GOVERNMENT HINDIA NEDERLAND dan ialah mentjutjuk (menghasut) sampai Ajahandanja Tiada mengindahkan sekalian nasihat Wakil Seri Paduka GOVERNMENT itu. Maka kerana itu TUAN SULTAN djuga sama sekali mengikutkan orang jang berniat kedjahatan itu.
Maka mengikut Pasal 6 Ajat 4 pada Politik Contract tahun 1905 maka ketiadaan Sultan mala pemerintahan itu dipegang oleh kita SERI PADUKA TUAN BESAR RESIDENT RIAU dengan daerah takluknya sekalian.
Maka sekarang segala KEPALA-KEPALA dan Bumiputra dari KERADJAAN RIAU LINGGA DENGAN DEARAH TAKLUKNYA sekalian hendaklah mengaku dengan sesungguhnja akan MENDJUNJUNG dan MENGHORMATI dengan TA’ATNJA. Maka SERI PADUKA TUAN RESIDENT RIAU LINGGA DENGAN DAERAH TAKLUKNJA sekalian jang memegang dengan SJAH pangkat SULTAN didalam KERADJAAN INI.
Maka PEMERINTAH ini akan dipegang dengan segala KEADILAN dan apa djuga didjalankan supaja Negeri-negeri dibawah perintah kita ini bertambah-tambah dengan Keramaian dan kesentosaan, maka hendaklah KEPALA-KEPALA dan BUMIPUTRA menolong kita diatas pekerdjaan ini.
SIAPA-SIAPA DJUGA JANG AKAN INGKAR PADA PEMERINTAHAN KITA AKAN DIHUKUM DENGA HUKUMAN JANG PATUT KADAR KESALAHANNJA.
Tanda tangan TUAN BESAR
G.F. de BRUINKOPS
RESIDENT RIAU DAM DAERAH TAKLUKNYA.
Termaktub di Penyengat pada 10hari bulan FEBRUARI tahun 1911 bersamaan 11 hari bulan SYAFAR hari DJU’AT 1329 HIJRAH.
Berikutnya, Sultan Abdul Rahman Muazam Syah yang menaiki kapal baginda yang bernama “Seri Daik” kembali ke Pulau Penyengat untuk mengambil harta benda baginda yang dapat untuk dibawa belayar menuju keSingapura berserta keluarga dan sekelian ramai kerabat kerabat terdekat baginda.
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta pembesar pembesar baginda lebih rela menghadapi akibat yang besar ini daripada menandatangani Kontrak Politik Kompeni Belanda yang merugikan darjat kedudukan, marwah, kedaulatan serta kebendaan Kerajaan Riau Lingga.
DiSingapura, Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta pembesar pembesar baginda berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Othoman diTurki dan Kerajaan Jepun untuk mendapatkan kembali Kerajaan Riau Lingga yang dirampas oleh Kompeni Belanda. Raja Ali Kelana telah memimpin rombongan untuk menemui Sultan Kerajaan Othoman diTurki dan Raja Khalid Hitam memimpin rombongan untuk menemui Maharaja Jepun untuk mendapatkan bantuan. Dalam pada itu Kompeni Belanda telah mengeluarkan pemberitahuan kepada Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta kerabat kerabat baginda yang berada diSingapura bahawa harta benda mereka yang berada diPulau Penyengat dan Riau akan dirampas sekiranya mereka tidak kembali untuk menuntutnya, Sultan Abdul Rahman telah memerintahkan orang orang baginda Riau agar memusnahkan kesemua istana istana Kedaton diPulau Penyengat dan Daik Lingga agar tidak dapat diduduki oleh Kompeni Belanda dan tanah tanah yang kosong supaya ditanam agar tidak dirampas.
Kompeni Belanda yang mendapat tahu bahawa Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta kerabat kerabat baginda yang berada diSingapura sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi mendapatkan kembali Kerajaan Riau Lingga, akhirnya memutuskan untuk membubarkan Kerajaan Riau Lingga secara paksa pada tahun 1913 iaitu 2 tahun setelah merampas kuasa.
Usaha usaha yang dijalankan oleh Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta kerabat kerabat baginda tidak berjaya, maka kekallah baginda dan lain lainnya menetap diSingapura dan ramai juga yang kemudiannya berpindah keMalaysia. Sultan Abdul Rahman Muazam Syah mangkat di Singapura pada tahun 1930 dan dimakamkan di perkarangan Majid Temenggong Johor diTelok Blangah, Singapura.
Friday, January 29, 2021
Raja Ali Kelana Ibni Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi
Sunday, January 24, 2021
Kunjungan Muhibbah Ke Batam Menemui Walikota Batam, Datuk Dr. Ahmad Dahlan - Penulis Buku Sejarah Melayu yang baru diterbitkan.
Pertemuan dimulai pada jam 12 tengahari dengan acara makan siang di VIP room di Golden Prawn Restaurant. Selanjutnya di ikuti dengan perbincangan serta beramah tamah, bertukar tukar cenderamata diantara Tengku Sri Indra dengan Datuk Dr. Ahmad Dahlan. Tengku Sri Indra yang dahulunya menetap di Istana Kampong Gelam di no 85 Sultan Gate, Singapura turut menunjukkan Salasilah keluarganya
yang merupakan Ketua Keluarga DiRaja Singapura atau Head Of The Royal House Of Singapore, yang namanya ada tertulis di dalam Buku The Royal Families Of South East-Asia yang di terbitkan pada December 1994 serta menunjukkan Cop Mohor Sultan Hussien Shah yang merupakan salah satu warisan Keluarga DiRaja Singapura yang sangat berharga yang didalam simpanannya.
Add caption |
Sunday, January 17, 2021
Bersilaturahim Ke Kediaman YM Tengku Sri Indra Bin Tengku Ismail Di Singapura
Tengku Sri Indra Bin Tengku Ismail (berbaju putih) |
Raja M Khalid salah seorang zuriat keturunan dari Kerajaan Riau Lingga yang menetap di Singapura telah berkesempatan untuk bersilaturahim ke kediaman YM Tengku Sri Indra Bin Tengku Ismail di Joo Chiat Avenue, Singapura pada petang 3 January 2016. Tengku Sri Indera adalah merupakan zuriat keturunan ke-6 daripada Sultan Hussien Shah Singapura yang dahulunya menetap di Istana Kampong Gelam di no 85 Sultan Gate, Singapura. Ayahanda Tengku Sri Indra iaitu Almarhum Tengku Ismail Bin Tengku Hussien adalah merupakan Ketua Keluarga DiRaja Singapura atau Head Of The Royal House Of Singapore, yang namanya ada tertulis di dalam Buku The Royal Families Of South East-Asia yang di terbitkan pada December 1994. Sebagai zuriat keturunan Sultan Hussien Shah, Tengku Sri Indra merasa beruntung kerana telah diberi kepercayaan untuk menyimpan Cop Mohor Sultan Hussien Shah yang merupakan salah satu warisan Keluarga DiRaja Singapura yang sangat berharga.
Gambar Cop Mohor Sultan Hussien Shah |
Salasilah keturunan Tengku Sri Indra Bin Tengku Ismail Bin |
Buku The Royal Families Of South East-Asia yang di terbitkan pada December 1994 |
Gambar pemandangan di Istana Kampong Gelam yang diambil sekitar tahun 1930an yang berlatar belakangkan Mesjid Sultan Singapura. |
Monday, December 21, 2020
Majlis pelancaran Buku Sejarah Melayu di Taman Warisan Melayu - Istana Kampong Gelam Singapura pada Sabtu 19 Disember 2015
Ucapan oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan, Walikota Batam |
1. Ucapan oleh Dato Nazri Kamal Albentan, Presiden & Pengasas Persatuan Bentan Malaysia selaku penganjur majlis.
3. Ucapan oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan, Walikota Batam dan penulis Buku Sejarah Melayu.
4. Ucapan oleh Bapak Aswandi Syahri - Sejahrawan Kepulauan Riau.
5. Pemberian cenderahati Buku Sejarah Melayu oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan kepada tetamu istimewa: Dato Nazri, Datuk Ismail Yaacob, Pendekar Zam dan Raja Muhammad Khalid.
6. Bertukar tukar cenderahati oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan dengan Dato Nazri.
7. Penyerahan cenderahati oleh Dato Nazri kepada Pendekar Pendekar dari perbagai Perguruan Silat dari Singapura dan Malaysia.
8. Persembahan Kumpulan musik Melayu Fasola dari Batam yang mendendangkan lagu Megat Seri Rama dan Jayalah Batam Ku.
9. Persembahan nyanyian oleh Ibu Mariana isteri Datuk Dr Ahmad Dahlan.
10. Penyanyi Apoi dari Malaysia menyanyi kan lagu Keris Sempena Riau dan Dalam diam aku menyintai mu.
11. Majlis di tutup dengan bergambar Bersama dan penjualan Buku Sejarah Melayu dengan harga S$40 atau RM100. Kemudian di ikuti dengan Jamuan makan buffet nasi Padang yang sediakan oleh Restaurant Parianan.
Ucapan oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan, Walikota Batam dan penulis Buku Sejarah Melayu. |
Pemberian cenderahati Buku Sejarah Melayu oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan kepada tetamu istimewa: Datuk Ismail Yaacob. |
Pemberian cenderahati Buku Sejarah Melayu oleh Datuk Dr Ahmad Dahlan kepada tetamu istimewa: Raja Muhammad Khalid, salah seorang zuriat keturunan dari Kerajaan Riau Lingga yang menetap di Singapura, |