Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Saturday, July 18, 2009

Silat

Silat

Silat merupakan sebutan nama yang merujuk kepada seni mempertahan diri yang diamalkan diseluruh Kepulauan Melayu. Silat merupakan gabungan seni perlawanan dan perjuangan hidup yang telah di bentuk dalam tamadun di Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam berabad yang lalu dan telah menjadi budaya masyarakat dan tradidinya. Semasa zaman penjajahan, negera Malaysia dan Singapura yang dibawah jajahan British serta Indonesia yang dibawah jajahan Belanda, para pengamal silat atau pesilat telah menggunakan seni silat sebagai cara untuk membebaskan mereka daripada penguasa asing ini.

Bentuk yang ketara didalam seni silat dengan lain lain seni mempertahankan diri di negara negara Asian seperti Kung fu, Taekwon-do atau Karate, terletak pada sudut budayanya. Silat bukan hanya untuk tujuan bagi pertempuran. Apabila ianya diiringi oleh alat alat muzik tradisional seperti gendang, silat boleh bertukar menjadi tarian rakyat. Di daerah Minangkabau (diprovinsi Sumatra Barat diwilayah Indonesia), silat merupakan tradisi lama orang orang lelaki mereka yang dikenali sebagai silek dan ianya merupakan salah satu bahagian untuk persembahan tarian randai, sejenis tarian rakyat Minangkabau. Di Malaysia, satu bentuk silat yang dikenali sebagai silat pulut juga menunjukkan persamaan gerak silat sebagai tarian yang di iringi oleh alat alat muzik tradisional, dan juga di Brunei Darussalam "silat cakak" juga di persembahkan dengan adanya muzik gulintangan. Jenis silat di daerah Jawa Barat di Indonesia dikenali sebagai pencak, selalunya ia di iringi oleh muzik, khususnya alat seruling tradisional Sunda.

Silat mula tersebar diseluruh Kepulauan Melayu pada kurun abad ke tujuh, tetapi tempat asalnya tidak diketahui. Silat telah diakui sebagai seni bela diri Melayu yang tulin. Orang orang Melayu yang tinggal di kawasan pantai pulau Sumatra dan semenanjung tanah Melayu, dari Aceh di utara hingga ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan semuanya berlatih dan mengamalkan silat. Hubungan dengan suku suku bangsa lain di kawasan pantai juga dipengaruhi oleh silat. Terdapat bukti bahawa budaya China dan India juga ada mempengaruhi seni mempertahankan diri ini. Apabila Islam tersebar di seluruh Kepulauan Melayu pada kurun masihi ke empat belas, ianya turut diajar bersama silat. Silat menjadi latihan rohani dan juga jasmani didalam pertempuran dan juga tarian rakyat.

Silat telah diperhalusi sehingga menjadi suatu kemahiran yang dimiliki oleh para Sultan, Panglima dan Pendekar semasa zaman Kesultanan Melaka, Majapahit dan empayer Srivijaya. Pada masa itu lah silat tersebar diseluruh Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang orang Melayu khususnya di Semenanjung Tanah Melayu menganggap bahawa Hang Tuah sebagai bapa persilatan.

Silat mempunyai sejarah yang sama di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia dimasa zaman penjajahan yang mana silat digunakan sebagai cara membebaskan diri daripada cengkaman penjajah asing. Setelah berakhirnya era penjajahan, silat telah dibentuk menjadi seni mempertahankan diri yang rasmi. Persatuan Nasional kemudiannya dibentuk seperti Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Malaysia. Di Indonesia; Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), di Singapura: Persekutuan Silat Singapura (PERSIS), di Brunei Darussalam; Persekutuan Silat Brunei Darussalam (PERSIB), begitu juga di USA dan Eropah. Silat sekarang ini dimasukkan sebagai salah satu pertandingan sukan khususnya semasa sukan SEA (Southeast Asian Games).

Melayu

Melayu: Orang Melayu adalah merupakan kumpulan suku kaum orang Austronesian yang penduduk utama yang menetap diSemenanjung Tanah Melayu serta beberapa bahagian pulau pulau dan tempat tempat lain diAsia Tenggara, termasuk pantai timur Sumatra, persisiran Borneo, dan pulau pulau yang terdapat diantara kedua duanya. Suku kaum Melayu adalah berbeza dengan konsep bangsa Melayu yang mengrangkumi kumpulan kaum yang besar termasuk orang orang Indonesia dan Philipina. Bahasa Melayu merupakan kumpulan bahasa dikalangan Malayu Polynesia.

Etymology (Asal usul nama)

Perkataan "Malay" yang digunakan bagi istilah bahasa Inggris diambil dari perkataan yang digunakan oleh Belanda, "Malayo", yang datangnya daripada sebutan orang Portuguese "Malaio", yang merujuk kepada kekata "Melayu". Menurut satu teori, perkataan Melayu membawa arti “pindah” atau “lari” yang merujuk kepada pergerakan yang tinggi dikalangan orang orang tersebut didaerah ini.

Menurut satu teori yang lain pula mengatakan bahawa nama tersebut merujuk kepada bahasa Sanskrit Malai Yur yang bermakna “tanah bergunong” (malai bermakna gunong dan yur bermakna tanah), yang merujuk kepada alam semulajadi Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang berbukit bukit.

Pengunaan Makna

Perkataan Melayu kadangkala digunakan untuk menentukan konsep bangsa Melayu, yang merangkumi semua suku kaum yang menetap didaerah Kepulauan Melayu.

Istilah Melayu pula, seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia, merujuk kepada setiap orang yang mengamalkan Islam dan Budaya Melayu dan bercakap Bahasa Melayu akan dianggap sebagai orang Melayu, selain daripada orang orang yang memang berketurunan Melayu.

Suku kaum & lingkungan budaya

Istilah Melayu merujuk kepada suku kaum yang menetap diSemenanjung Tanah Melayu (termasuk selatan Thailand seperti Patani dan Satun) serta timur Sumatra dan begitu juga dengan tempat tempat lain didaerah Kepulauan Melayu ini.

Suku kaum Melayu kebanyakkan nya berada diMalaysia dan Brunei dan sebilangan kecil pula berada diSingapura dan Indonesia. Mereka bercakap didalam bahasa Melayu dengan loghat atau bahasa daerah yang berlainan. Loghat percakapan diSemenanjung adalah sama yang digunakan oleh Melayu Malaysia dan Singapura. Manakala loghat percakapan diSumatera dan Indonesia yang disebut sebagai “Bahasa Indonesia” pula berbeza dengan bahasa yang digunakan diSingapura dan Malaysia walaupun pada dasarnya mereka semua menggunakan “Bahasa Melayu Riau” yang berasal daripada Kerajaan Riau-Lingga. Orang orang Melayu sudah mengamalkan budaya Islam sejak kurun masihi ke15 lagi.

DiMalaysia, majoriti penduduknya terdiri daripada suku bangsa Melayu manakala penduduk minoriti terdiri suku bangsa selatan Cina (seperti Hokkien and Cantonese), selatan India (terutamanya Tamil dan Maliyalam), suku orang asli (seperti Iban dan Kadazan), dan juga bangsa Serani (Eurasians).

Pengaruh budaya Melayu berbeza berbeza mengikut tempat dan pengaruh disetiap negeri dirantau ini, seperti pengaruh sistem ber raja, ugama (pengaruh ugama Hindu/Buddah pada awal kurun masihi dan pengaruh Islam pada kurun kedua), dan juga bahasa Melayu. Pengaruh kerajaan Sri Vijaya telah menyatukan budaya perbagai suku kaum diAsia Tenggara dalam masa hampir satu kurun. Pada masa yang sama juga banyak perkataan perkataan Sanskrit yang diambil pakai bagi pengunaan dan pengembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca dirantau ini, dan pengunaan campuran bahasa Melayu menjadi bahasa yang digunakan dikebanyakkan pelabuhan dagang diIndonesia.

Bahasa

Bahasa Melayu yang digunakan didalam percakapan diclassifikasikan sebagai bahagian daripada bahasa Malayo-Polynesian yang merupakan salah satu cabang daripada bahasa Austronesian. Ianya merupakan kalangan bahasa pribumi yang ramai digunakan oleh orang orang Melayu diseluruh Kepulauan Melayu. Bahasa utama yang digunakan oleh orang orang Melayu adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesian.

Bahasa Melayu

Bahasa Austronesian yang merupakan bahaya Melayu mempunyai sekitar 33 juta orang yang bertutur sebagai bahawa pertama atau bahasa ibunda diSemenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo, dan tempat tempat lain diIndonesia dan Malaysia. Memandangkan bahasa Melayu digunakan oleh kedua dua belah penduduk diSelat Melaka, yang merupakan laluan dagangan yang genting antara India dan China, maka orang orang yang berbahasa Melayu telah terikut serta didalam dagangan antarabangsa sebelum kedatangan bangsa Eropah dirantau ini dan bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di pelabuhan pelabuhan diIndonesian, sehingga timbullah istilah bahasa Melayu Pasar. Pada kurun masihi ke20, negara Indonesia telah menyeragamkan bahasa Melayu dan menggunakan nya sebagai bahasa kebangsaan Indonesian; Ditulis dalam tulisan Rumi dan digunakan dan difahami lebih daripada 70% penduduknya. Begitu juga dengan penyeragaman dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Brunei. Tulisan naskah Melayu lama yang diketahui ditulis pada kurum masihi ke 7 diselatan Sumatra didalam tulisan Indic. Penulisan bahasa dan sastra Melayu yang berikutnya didalam huruf jawi bermula sewaktu kedatangan Islam keSemenanjung Tanah Melayu pada kurun masihi ke 14.

Bahasa Melayu adalah bahasa Austronesian yang digunakan oleh orang orang Melayu yang menetap diSemenanjung Malaysia, selatan Thailand, Philipin, Singapura, timur tengah Sumatra, Kepulauan Riau, sebahagian pesisiran pantai Borneo dan juga terdapat diBelanda. Ianya merupakan bahasa rasmi diMalaysia, Brunei dan Singapura. Ianya sangat serupa dengan Bahasa Indonesia, bahasa rasmi diIndonesia. Perseragaman bahasa Melayu rasmi telah dipersetujui bersama oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei, seperti yang digunakan oleh diKepulauan Riau yang terletak diselatan Singapura, yang dianggap tempat lahirnya bahasa Melayu rasmi.

DiMalaysia, Bahasa Melayu telah disebut sebagai Bahasa Malaysia menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1967, telah digunakan secara meluas sehingga ketahun 1990an dimana ramai ahli ahli akedemik dan pegawai kerajaan mula menggunakan semula istilah lama seperti yang tersebut didalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Fasal 152 didalam Perlembagaan, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia. Indonesia pula mula mengambi bahasa Melayu sebagai bahasa rasminya semasa kemerdekaannya dan menamakan nya Bahasa Indonesia dan walaupun terdapat banyak persamaannya namun terdapat perbezaan yang ketara terutamanya pada segi percakapaan bahasa Melayu yang digunakan diMalaysia. DiSingapura dan Brunei ianya hanya disebut sebagai Bahasa Melayu. Walau pun begitu, terdapat perbezaan dari sudut sebutan bahasa Melayu mengikut daerah masing masing: contohnya loghat orang orang Kelantan kadang kala susah untuk difahami oleh orang Malaysia sendiri dan bagi percakapan orang orang Indonesian pula terdapat banyak perkataan yang unik yang tidak diketahui oleh orang orang Melayu yang lain. Bahasa yang digunakan oleh orang orang Cina Peranakan atau Baba (yang merupakan kacukan diantara orang orang Cina daripada Ming Dynasty dengan orang orang Melayu zaman dahulu) pula terdapat keunikannya kerana campuran pengunaan bahasa Melayu dengan dialek Cina Hokkien yang merupakan bahasa yang digunakan oleh orang orang Cina yang mula menetap diMelaka dan Pulau Pinang. Walaupun pengunaan bahasa ini sudah mula pupus namun ianya masih ada lagi digunakan diMalaysia terutamanya diMelaka.

Ugama

Dari segi anutan ugama, kebanyakkan orang orang Melayu berugama Islam. Awalnya pada zaman dahulu mereka berugama lain seperti Hindu, Buddha dan lain lain kepercayaan sehinggalah kedatangan Islam pada kurun masihi yang ke lima belas yang dibawa oleh pedagang pedagang Arab, Chinese and Indian Muslim semasa zaman kegemilangan Islam. Hari ini Islam merupakan ugama yang paling ramai dianuti oleh orang orang Melayu diIndonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Antara sebab penukaran ugama secara beramai ramai kepada Islam yang bermula pada tahun 1400 ialah kerana keputusan dan pengaruh kesultanan Melaka. Kebanyakkan orang orang Melayu yang berada di Thailand, Africa Selatan, Sri Lanka, Australia dan Surinam adalah keturunan daripada orang orang Melayu dari Malaysia, Indonesia dan sebagainya yang telah pun memeluk ugama Islam.