Silat
Silat merupakan sebutan nama yang merujuk kepada seni mempertahan diri yang diamalkan diseluruh Kepulauan Melayu. Silat merupakan gabungan seni perlawanan dan perjuangan hidup yang telah di bentuk dalam tamadun di Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam berabad yang lalu dan telah menjadi budaya masyarakat dan tradidinya. Semasa zaman penjajahan, negera Malaysia dan Singapura yang dibawah jajahan British serta Indonesia yang dibawah jajahan Belanda, para pengamal silat atau pesilat telah menggunakan seni silat sebagai cara untuk membebaskan mereka daripada penguasa asing ini.
Bentuk yang ketara didalam seni silat dengan lain lain seni mempertahankan diri di negara negara Asian seperti Kung fu, Taekwon-do atau Karate, terletak pada sudut budayanya. Silat bukan hanya untuk tujuan bagi pertempuran. Apabila ianya diiringi oleh alat alat muzik tradisional seperti gendang, silat boleh bertukar menjadi tarian rakyat. Di daerah Minangkabau (diprovinsi Sumatra Barat diwilayah Indonesia), silat merupakan tradisi lama orang orang lelaki mereka yang dikenali sebagai silek dan ianya merupakan salah satu bahagian untuk persembahan tarian randai, sejenis tarian rakyat Minangkabau. Di Malaysia, satu bentuk silat yang dikenali sebagai silat pulut juga menunjukkan persamaan gerak silat sebagai tarian yang di iringi oleh alat alat muzik tradisional, dan juga di Brunei Darussalam "silat cakak" juga di persembahkan dengan adanya muzik gulintangan. Jenis silat di daerah Jawa Barat di Indonesia dikenali sebagai pencak, selalunya ia di iringi oleh muzik, khususnya alat seruling tradisional Sunda.
Silat mula tersebar diseluruh Kepulauan Melayu pada kurun abad ke tujuh, tetapi tempat asalnya tidak diketahui. Silat telah diakui sebagai seni bela diri Melayu yang tulin. Orang orang Melayu yang tinggal di kawasan pantai pulau Sumatra dan semenanjung tanah Melayu, dari Aceh di utara hingga ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan semuanya berlatih dan mengamalkan silat. Hubungan dengan suku suku bangsa lain di kawasan pantai juga dipengaruhi oleh silat. Terdapat bukti bahawa budaya China dan India juga ada mempengaruhi seni mempertahankan diri ini. Apabila Islam tersebar di seluruh Kepulauan Melayu pada kurun masihi ke empat belas, ianya turut diajar bersama silat. Silat menjadi latihan rohani dan juga jasmani didalam pertempuran dan juga tarian rakyat.
Silat telah diperhalusi sehingga menjadi suatu kemahiran yang dimiliki oleh para Sultan, Panglima dan Pendekar semasa zaman Kesultanan Melaka, Majapahit dan empayer Srivijaya. Pada masa itu lah silat tersebar diseluruh Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang orang Melayu khususnya di Semenanjung Tanah Melayu menganggap bahawa Hang Tuah sebagai bapa persilatan.
Silat mempunyai sejarah yang sama di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia dimasa zaman penjajahan yang mana silat digunakan sebagai cara membebaskan diri daripada cengkaman penjajah asing. Setelah berakhirnya era penjajahan, silat telah dibentuk menjadi seni mempertahankan diri yang rasmi. Persatuan Nasional kemudiannya dibentuk seperti Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Malaysia. Di Indonesia; Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), di Singapura: Persekutuan Silat Singapura (PERSIS), di Brunei Darussalam; Persekutuan Silat Brunei Darussalam (PERSIB), begitu juga di USA dan Eropah. Silat sekarang ini dimasukkan sebagai salah satu pertandingan sukan khususnya semasa sukan SEA (Southeast Asian Games).
Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU
Saturday, July 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment