Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Sunday, July 19, 2009

Tarian Melayu

Tarian Melayu

Tarian Melayu melambangkan adat resam dan Budaya orang orang Melayu. Ianya memberikan gambaran sebenar mengenai kehidupan semula jadi dan cara hidup orang orang Melayu.

Umumnya, tarian Melayu dibahagi kepada dua bahagian utama iaitu tarian Melayu "asli" atau tarian Melayu yang di"angkat". Tarian Melayu "asli" adalah tarian yang memang berasal dari daerah daerah orang Melayu yang meliputi Sumatra, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Kepulauan Riau dan Borneo, dan asalnya dapat dijejaki semula hingga kepada zaman awal tamadun Melayu. Tarian Melayu yang di"angkat" pula adalah berasal daripada pengaruh budaya asing yang perpunca daripada kejadian politik dan sejarah dahulu. Ada berbagai gaya dan jenis tarian Melayu, ianya pula dibahagi kepada beberapa ketogari mengikut rentak dan irama sesuatu tarian.

Empat rentak asas tarian Melayu adalah Tarian Asli, Inang, Joget and Zapin. Tarian Asli and Inang diketogarikan sebagai tarian "asal" orang orang Melayu, manakala tarian Joget dan Zapin pula diketogarikan sebagai tarian "angkat" orang orang Melayu.

1 comment: