Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Friday, March 13, 2020

Sultan Yang DiPertuan Besar Dan Sultan Yang DiPertuan Muda Kerajaan Riau - Lingga Kingdom (Bahagian Ke 2)

Sultan Abdurrahman Muazam Syah
Sultan Abdurrahman Muazam Syah Ibni Sultan Muhammad Yusuf ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar Kerajaan Riau Lingga pada tahun 1885. Baginda mewarisi tahta Kerajaan daripada moyang saudara Baginda, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan Muhammad Syah yang mangkat pada tahun 1883. Sekitar 2 tahun sebelum Sultan Abdurrahman Muazam Syah mengambil alih jawatan Sultan dan Yang DiPertuan Besar, bonda Baginda iaitu Tengku Embung Fatimah Binti Sultan Mahmud Syah yang merupakan cucunda saudara Sultan Sulaiman badrul Alam Syah, memegang jawatan tersebut untuk sementara, sebelum menyerahkan nya kepada anakanda nya. Sultan Abdurrahman kekal menetap di Istana Baginda di Daik –Lingga dan sama seperti Yang DiPertuan Besar sebelumnya, tugas Baginda hanyalah melaksanakan upacara adat istiadat bila diperlukan. Sementara tugas pentadbiran harian Kerajaan Riau Lingga dilaksanakan oleh ayahanda Baginda, Sultan Muhammad Yusuf, Yang DiPertuan Muda.
Raja Ali Kelana
Dalam pada masa itu juga, seorang anakanda Sultan Muhammad Yusuf iaitu Raja Ali, telah dilantik menjadi Kelana, yang merupakan jawatan Penolong Yang DiPertuan Muda, yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Almarhun Raja Muhammad Ibni Almarhum Raja Abdullah, sepupu Sultan Muhammad Yusuf.
Jawatan Raja Ali Kelana sama penting nya dengan jawatan Yang DiPertuan Muda, dimana beliau di kehendaki untuk pergi kemerata tempat di daerah Kerajaan Riau Lingga serta jajahan takluknya untuk memastikan undang undang dan peraturan dilaksanakan. Raja Ali memegang jawatan Kelana (Penolong Yang DiPertuan Muda) selama sekitar 15 dan sepatutnya akan mengambil alih jawatan Yang DiPertuan Muda pada masa akan datang. 

Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga selama sekitar 40 tahun dari tahun 1858 hingga tahun 1899. Baginda memainkan peranan penting didalam membangunkan dan mententeramkan Kerajaan Riau Lingga.Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga Kingdom daripada pusat pemerintah Kerajaan yang terletak di Pulau Penyengat di Riau. Pada tahun 1899 Sultan Muhammad Yusuf mangkat di Istana Baginda di Daik - Lingga,
 

Setelah kemangkatan Sultan Muhammad Yusuf, anakanda Baginda, Raja Ali Kelana yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Muda yang baru, tidak ditabalkan kerana dihalang oleh Pemerintah Belanda (Netherlands India Government). Sebaliknya mereka memaksa dan mengarahkan Sultan Abdurrahman untuk sekali gus memegang jawatan tersebut agar Baginda mempunyai kuasa penuh untuk memerintah Kerajaan Riau Lingga dan tidak hanya menjalankan tugas upacara adat istiadat sahaja seperti sebelumnya. Pada waktu itu, segala penabalan bagi jawatan Sultan dan Yang DiPertuan Besar atau Sultan dan Yang DiPertuan Muda mestilah dipersetujui oleh wakil Pemerintah Belanda iaitu Resident Riau yang ditempatkan diTanjung Pinang – Riau. Sultan Abdurrahman tidak mempunyai pilihan kecuali menyetujui kehendak Pemerintah Belanda tersebut dan memegang kedua dua jawatan Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda. Baginda kemudian melantik Raja Ali Kelana sebagai salah seorang Menteri dan Penasihat Kerajaan.   

Setelah Sultan Abdurrahman memegang kedua dua jawatan Sultan Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda pada tahun, Baginda pun pindah dan menetap di Istana di Pulau Penyengat - Riau dan memerintah Kerajaan Riau Lingga dari Pulau Penyengat mulai tahun 1900. Setelag itu Baginda jarang pergi ke Daik-Lingga kecuali apabila menghadiri upacara adat istiadat seperti ‘mandi safar’ dan sebagainya.

Pada tahun 1900 dan seterusnya, Resident Riau yang mewakili Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) menekan Sultan Abdurrahman untuk mengikuti arahan mereka mengenai cara memerintah Kerajaan Riau Lingga untuk kepentingan mereka dengan menekan dan menyuruh Sultan Abdurrahman untuk menandatangani surat perjanjian yang dikenali sebagai political contracts. Pada 18 May 1905, sekali lagi Resident Riau menekan dan menyuruh Sultan Abdurrahman untuk menandatangani lagi surat perjanjian political contracts yang mana ianya sangat merugikan pihak Sultan, didalam surat perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa ianya menjadi kewajiban Kerajaan the Riau Lingga untuk menggantung bendera Pemerintah Belanda lebih tinggi daripada bendera Kerajaan Riau Lingga. Didalam surat perjanjian tersebut juga menyatakan bahawa jika suatu masa tiada Sultan, maka Resident Riau yang di Tanjung Pinang akan mengambil alih kuasa Sultan untuk memerintah Kerajaan Riau Lingga. Sultan Abdurrahman yang tiada pilihan lain terpaksa menandatangani surat perjanjian political contract tersebut. 

Tengku Umar Ibni Sultan Abdurrahman
Walaupun Sultan Abdurrahman telah menandatangani surat perjanjian political contract tersebut tetapi Baginda tidak lah menuruti sepenuhnya perkara perkara yang tersebut itu, terutamanya mengenai posisi pengantungan bendera Pemerintah Belanda. Selain tidak menuriti peraturan mengenai perkara bendera tersebut selama beberapa tahun,  Sultan Abdurrahman juga telah membenarkan anakanda Baginda, Tengku Besar Umar (Putera Mahkota) untuk memulakan pasukan sukarela keselamatan, iaitu seperti Askar DiRaja Kerajaan Riau Lingga di Pulau Penyengat. Perkara tersebut dilihat oleh pihak Pemerintah Belanda sebagai satu ancaman yang dibuat oleh Sultan dan Tengku Besar Umar terhadap kuasa Penjajah mereka. Mereka mula memberi amaran kepada Sultan untuk menuruti arahan seperti yang telah ditetapkan didalam surat perjanjian political contract iaitu mengenai arahan mengenai bendera dan juga larangan untuk menubuhkan pasukan sukarela keselamatan yang tidak dibenarkan oleh Resident Riau, tapi perkara tersebut tidak di indahkan oleh Sultan Abdurrahman.

Residen Riau yang marah dengan ke enganan Sultan untuk menuruti arahan mereka, telah membuat lagi satu surat perjanjian political contract dan kemudian nya menekan dan menyuruh Sultan Abdurrahman untuk menandatangani surat perjanjian tersebut pada 1910. Dinyatakan bahawa, pada mulanya Resident Riau telah datang ke Istana Sultan Abdurrahman dan membacakan cadangan surat perjanjian Political Contract itu kepada Sultan Abdurrahman dan jemaah Menteri Baginda, yang mana mereka semua setuju dengan cadangan surat perjanjian yang dibacakan itu. Walau bagaimanapun sewaktu Resident Riau menjemput Sultan Abdurrahman untuk datang ke Tanjung Pinang untuk menandatangani surat perjanjian Political Contract tersebut, Sultan Abdurrahman dapati bahawa Resident Riau telah menyerahkan pada Baginda surat perjanjian Political Contract yang lain daripada apa yang pertama kali yang dibacakan kepada Baginda dan para jemaah Menteri dan Penasihat Kerajaan Baginda dahulu. Sultan Abdurrahman pun pulang tanpa menandatangani surat perjanjian Political Contract itu dan meminta Resident Riau untuk mengirimkan surat perjanjian tersebut ke Istana Baginda supaya dapat bermesyuarat dahulu dengan jemaah Menteri dan Penasihat Kerajaan Baginda.  

Resident Riau bagaimanapun tidak mengirimkan surat perjanjian Political Contract seperti yang diminta oleh Sultan Abdurrahman, sebalik nya ia menjadikan perkara itu sebagai masalah serius yang ditimbulkan oleh Sultan Abdurrahman. Pada 9 February 2011Resident Riau menghantar tiga kapal perang dengan membawa ratusan askar Belanda ke Pulau Penyengat. Setibanya di Pulau Penyengat Island, askar askar Belanda tersebut mengepung Istana Sultan, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana dan lain nya dan juga mengepung tempat tempat penting lain nya di Pulau Penyengat. Pada masa itu, Sultan Abdurrahman, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana dan keluarga mereka serta kerabat yang lain berada di Daik -Lingga bagi menghadari upacara adat ‘mandi Safar’ at Daik – Lingga. Pada waktu juga, Sultan Abdurrahman turut bertugas untuk menyiasat satu kes bunuh in Daik, Askar askar Belanda telah memecahkan gudang benzine Sultan serta dua bangunan yang lain untuk mencari senjata api dan peluru tapi tidak menjumpai nya. Kemudian nya datang pula Resident Riau yang bernama C. F. De Bruinkops ke Pulau Penyengat dan mengumumkan bahawa Sultan Abdurrahman telah diturunkan daripada jawatan nya sebagai Sultan dan begitu juga dengan Tengku Besar Umar yang diturunkan dari jawatan nya sebagai Tengku Besar Kerajaan Riau Lingga berkuat kuasa serta merta. Alasan yang diberikan oleh Resident Riau ialah kerana Sultan Abdurrahman dan Tengku Besar Umar tidak menuruti arahan arahan yang telah dipersetujui didalan surat perjanjian Political Contract yang telah dipersetujui bertarikh 18 May 1905, walaupun telah diberi amaran beberapa kali. 

Pekerjaan pihak Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) menurunkan Sultan dari jawatan nya dalam Kerajaan Riau Lingga ini bukanlah pertama kali dilakukan, sebabnya pada 1857 Pemerintah Belanda juga telah menurunkan Sultan Mahmud Syah ibni Sultan Muhammad Syah dari jawatan nya sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Besar Kerajaan Riau Lingga. Baginda ini adalah merupakan moyang kepada Sultan Abdurrahman. Alasan Baginda diturunkan daripada jawatan nya adalah kerana Pemerintah Belanda menganggap bahawa Baginda tidak menjalankan tugas nya dengan betul serta tidak mahu melaksanakan penabalan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Muda yang baru setelah kemangkatan kekanda nya iaitu Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Raja Jaafar. Pada masa itu tiada perjanjian political contract sebegini, maka setelah diturunkan Sultan Mahmud Syah dari jawatan nya, Resident Riau pun menabalkan Sultan Sulaiman badrul Alam Syah Ibni Sultan Muhammad Muazam Syah (ayahanda saudara kepada Sultan Mahmud Syah) sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Besar yang baru setelah mendapat persetujuan daripada Kerabat DiRaja Kerajaan Riau Lingga. Setelah itu Sultan Sulaiman pun menabalkan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Muda of Riau Lingga. 

Malang nya keadaan pada masa itu sudah berlainan kerana adanya surat perjanjian Political Contract yang telah ditandatangani pada 18 May 1905, yang ada menyebutkan bahawa jika tiada Sultan, maka Resident Riau akan mengambil kuasa Sultan untuk memerintah Kerajaan Riau Lingga. Pada masa itu Resident Riau tidak memerintahkan untuk menangkap sesiapa, cuma beliau memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak mahu menurut perintah tersebut akan diberikan hukuman yang setimpal.  

  
Sultan Abdurrahman, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana dan lainnya yang dalam perjalan pulang ke Pulau Penyengat telah mendengar berita tersebut. Maka setibanya di Pulau Penyengat, Baginda dan lainnya pun mula berkemas untuk mengambil barang barang peribadi mereka semua dan kemudiannya belayar ke Singapura. Sultan Abdurrahman bersama keluarga dan kerabat terdekat Baginda belayar dari Pulau Penyengat keSingapura dengan menaiki kapal Baginda yang bernama ‘Seri Daik’. 
Raja Haji Ali Bin Raja Haji Muhammad
Beberapa hari setelah itu, Resident Riau itu pun memanggil kesemua ahli ahli majlis DiRaja Kerajaan Riau Lingga yang terdiri daripada para Amir, Datuk Kaya dan Mufti untuk bermesyuarat dan juga untuk bertanya mengenai kesetiaan mereka kepada Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) yang telah mengambil alih kuasa Kerajaan Riau Lingga itu, tetapi tidak semua yang hadir itu bersetuju dengan Pemerintah Balanda dan mahu bekerjasama dengan nya. Tidak lama selepas itu makin ramai lagi kerabat kerabat terdekat Sultan Abdurrahman serta lain nya pun berpindah dari Riau Lingga menuju ke Singapore. 

Salah seorang daripada sepupu Sultan Abdurrahman dan juga merupakan bekas Penasihat Kerajaannya iaitu Raja Ali Ibni Raja Muhammad Ibni Raja Abdullah, telah memaikan peranan penting untuk membantu kerabat kerabat DiRaja Riau Lingga untuk berpindah dari Riau ke Singapura. Raja Haji Ali merupakan seorang peniaga dan juga merupakan Ketua Syarikat Ahmadi & Co, Midai, yang telah ditubuhkan menerusi pemilikan saham kebanyakkan nya dimiliki oleh keluarga DiRaja Riau Lingga. Syarikat tersebut ditubuhkan di Pulau Midai - Riau pada tahun 1906 dengan mendapat kebenaran daripada Sultan Abdurrahman. Syarikat tersebut melakukan perniagaan dengan membawa barang barang jualan diantara Riau dan Singapore menggunakan kapalnya sendiri yang bernama ‘Karang’.  
Dala pada itu, Sultan Abdurrahman yang berada di Singapura telah membuat Kenyataan Akhbar di akhbar Singapura, The Straits Times pada 15 February 1911 mengenai perlucutan jawatan Baginda sebagai Sultan Kerajaan Riau Lingga, yang lakukan secara tidak adil kerana tuduhan yang dibuat oleh pehak Pemerintah Belanda mengenai pakatan Baginda dengan pehak lain yang mahu membangkan serta memerangi Pemerintah Belanda adalah tidak benar. Sultan Abdurrahman juga menyatakan bahawa pencalon cucunda Baginda (Tengku Ibrahim Ibni Tengku Umar) yang berusia 10 tahun sebagai Sultan, adalah satu muslihat untuk membolehkan pihak Pemerintah Belanda untuk menguasai dan memindahkan seluruh kuasa keatas mereka begi membolehkan mereka menguasi sepenuh nya pendapatan dan keuntungan yang diperolehi daripada cukai, perlombongan dan lain nya, yang merupakan sebab sebenar mengapa Baginda dilucutkan daripada jawatan Sultan Kerajaan Riau Lingga. 

Sultan Abdurrahman dan para Menteri Baginda seperti Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam dan lainnya juga merancang di Singapura untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun  untuk mengambil Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda. Usaha usaha mengumpul dana pun dilakukan bagi menjayakan rancangan tersebut. Dalam pada itu, Pemerintah Belanda di Riau Lingga Kingdom telah membuat pengumuman untuk memberitahu Sultan Abdurrahman serta kerabat kerabat DiRaja yang berada di Singapura bahawa Pemerintah Belanda akan merampas segala harta harta mereka di Pulau Penyengat dan di Riau Lingga sekiranya mereka tidak kembali dan menguruskan harta harta mereka. Apabila Sultan Abdurrahman mendengar perkara ini, Baginda pun mengarahkan orang orang yang berada di Pulau Penyengat untuk membuka dan memusnahkan Istana Istana dan bangunan bangunan yang lain yang dimiliki oleh Sultan  dan keluarga Binda serta kerabat kerabat DiRaja lain nya. Baginda juga mengarahkan menanam tanah tanah yang kosong di Pulau Penyengat – Riau dan di Daik - Lingga, yang mungkin akan dirampas oleh Pemerintah Belanda.
Apabila usaha Sultan Abdurrahman dan lain lain nya untuk mengumpul dana yang mencukupi, mereka pun menghantar Raja Khalid Hitam ke Jepun pada tahun 1911 untuk mendapatkan bantuan daripada Maharaja Jepun. Mereka juga menghantar Raja Ali Kelana ke Turki untuk mendapatkan bantuan daripada Sultan Empayer Othmania. Malangnya kedua dua usaha untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun itu tidak berjaya. Raja Khalid Hitam yang dihantar ke Jepun pada keli kedua pada tahun 1913, telah mangkat di Jepun sebelum berjaya bertemu dengan Maharaja Jepun. Dipercayai bahawa Raja Khalid Hitam telah mati diracun semasa berada di Jepun. Dengan itu harapan untuk pulang dan mengambil kembali Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda menjadi musnah.
Kemudian pada tahun 1913 itu juga, Pemerintah Belanda pun membubarkan Kerajaan Riau Lingga serta sistem pemerintahnya dan menggantikan dengan sistem Pentadbiran Pemerintah Belanda dan mengangkat orang orang Riau yang setia kepada mereka untuk menjadi pegawai pegawai mereka.
Sultan Abdurrahman bersama keluarga serta kerabat kerabat terdekat Baginda terus tinggal di Singapura. Raja Ali Kelana dan keluarga nya telah berpindah ke Johor dan telah dilantik sebagai Syaikhul Islam Johor oleh Sultan Ibrahim dan memegang jawatan tersebut selama sekitar 13 years. Raja Ali Kelana mangkat dirumah nya Johor Bahru pada 4 December 1927. 

Sultan Abdurrahman yang menetap di Singapura selama sekitar 29 tahun sejak datang dari Riau pada tahun 1911, telah mangkat dirumahnya di Singapura pada 28 December 1930. 




No comments:

Post a Comment