Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Wednesday, November 20, 2019

Raja Terakhir Kerajaan Riau - Lingga : Berita Harian Singapura, Sabtu 10 Disember 2011

KERAJAAN Riau-Lingga telah lama pupus ditelan sejarah tetapi darah keturunan raja masih pekat dalam jiwa Tengku Abdul Rahman Tengku Mohamed Yusoff.

Namun, pesara tentera berpangkat staf sarjan dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu tidak pernah menggembar-gemburkan.

Bukan saja sahabat handai, malah ramai jiran tetangganya di estet perumahan Jurong West, tidak menyedari Tengku Abdul Rahman, 76 tahun, sepatutnya ditabalkan sebagai raja jika kesultanan Riau-Lingga masih wujud.
Ini kerana berdasarkan salasilah, beliau adalah raja terakhir kerajaan yang telah lama tinggal nama dan digulung dalam lipatan sejarah.

Kerajaan Riau-Lingga merupakan serpihan kerajaan Melayu Melaka yang berpindah-randah ke Johor dan akhirnya ke Kepulauan Riau selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam 1511.

Kerajaan tersebut merangkumi Johor, Singapura dan Pahang sekitar abad ke-16 hingga ke-19.

Namun, percaturan politik antara dua kuasa penjajah - Inggeris dan Belanda - berakhir dengan satu perjanjian yang ditandatangani di London dalam 1824.

Perjanjian itu menetapkan kawasan selatan laluan Selat Melaka diserahkan kepada Belanda dan bahagian utaranya termasuk Singapura dikuasai Inggeris.

Perjanjian itu disifatkan seperti pedang yang memutuskan kekuasaan orang Melayu. Riau menjadi daerah kekuasaan Belanda. Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu dikuasai Inggeris.

Di sebalik darah raja yang mengalir dalam tubuh dan jiwanya, Tengku Abdul Rahman kelihatan seperti warga emas yang lain dan meniti kehidupan seperti orang biasa.

Flat HDB empat bilik yang didiami di Blok 425 Jurong West Avenue 1 juga sama seperti flat-flat warga biasa.

'Tiada apa yang nak saya banggakan. Arwah ayah saya pernah menyatakan bahawa kalau kerajaan Riau-Lingga masih wujud, ikut urutannya saya yang berhak memegang takhtanya.

'Tetapi, kesultanan keturunan saya telah luput dan hanya tinggal sejarah. Saya sendiri pun tak simpan dokumen turun-temurun kesultanan dan tidak tahu mana nak cari. Saya tak kisah sangat dan tak ada apa yang nak dibanggakan. Tetapi, dari segi salasilah, nama saya tetap ada dalam urutan kesultanan,' tambah ayah tujuh anak, 13 cucu dan tiga cicit itu.

Beliau adalah cicit Yang Dipertuan Muda ke-10 Riau- Lingga, Raja Mohamed Yusoff Ibni Raja Ali. Kesultanan Riau- Lingga adalah kerajaan Islam yang berpusat di Kepulauan Lingga yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor.

Kesultanan itu dibentuk berdasarkan perjanjian antara kerajaan Britain dengan Belanda pada 1824 dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah sebagai sultan pertamanya.

Namun, Kesultanan tersebut dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.

Dalam zaman kegemilangannya, Kesultanan tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu.

Tokoh besar di balik perkembangan pesat bahasa Melayu ketika itu ialah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan sejarawan keturunan Melayu- Bugis.

Tengku Abdul Rahman berkata beliau hanya ada sekeping pinggan yang pernah digunakan di Istana sebagai kenangan.

'Saya dah tak ada apa-apa harta dan simpan sebarang peninggalan sejarah. Datuk saya dan ramai keluarga lari dari Pulau Penyengat tanpa membawa apa-apa apabila Belanda mengambil alih kuasa,' katanya.

Bagi beliau, rentetan sejarah itu kini hanya tinggal dalam kenangan dan zaman kegemilangan kerajaan itu tidak mungkin kembali lagi.
Sumber: Berita Harian Singapura - oleh Saini Salleh

14 comments:

  1. Salam YM Raja Khalid,
    Saya pernah bertemu dengan Tengku Abdul Rahman di rumah puterinya di Johor Baharu semasa usaha mencari keluarga saya yang berasal dari Riau. Moyang saya berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1857 dan kini kebanyakan dari anggota keluarga besar kami berada di Johor dan Melaka. Saya rasa amat bertuah dapat bertemu sapa dengan insan yang sepatutnya menjadi raja kita jika tidak kersna penjajahan Belanda di Riau pada tahun 1911. Saya amat tertarik dengan perwatakan dan budi bahasa beliau. Pada ketika itu, disebabkan layanannya yang ikhlas dan mesra, saya terasa seperti menjadi sebahagian dari anggota keluarga beliau.

    ReplyDelete
  2. klau la,prjnjian inggeris-belanda tak ditndatngani,kpulauan riau-lingga msti brada dlam malaysia atau ngeri johor...

    ReplyDelete
  3. Perkara yg lepas perlu dijadikan iktibar.. Kita mesti cari jalan utk kembalikan kegemilangan kesultanan Melayu bukan sj di Riau tapi di seluruh rantau rumpun melayu spt di Mindanao, Satun, Yala, Naratiwat dan Patani

    ReplyDelete
  4. raja-raja melayu di malaysia sepatutnya mengambil ikhtibar dari hilangnya kekuasaan raja melayu lain di nusantara melayu. mereka ini sepatutnya menggunakan sebaiknya kedudukan mereka yg masih utuh untuk membantu anak bangsa dan jangan hanya menyombong diri mengaut kekayaan dengan berselindung di sebalik kekuasaan pemerintahan ahli politikus yang sebenarnya sedang hanyut di lautan kekuasaan... raja-raja ini sebenarnya lebih mementingkan hubungan dengan politikus berkuasa tersebut daripada mementingkan rakyat jelata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS SALAM...JIKA TANPA POLITIK..PUN TAK BOLEH..SEBAB..POLITIK TU JUGA YG MENOLONG MENGEKALKAN.. CUBA KITA LIHAT.. tHAILAND, jEPUN..bRITISH..ORANG TIDAK BERANI KUTUK.. RAJA MEREKA .. SAMPAI KITA DI mALAYSIA PUN CTH;BARU2X INI pRINCE wILIAM DATANG KITA BUKAN MAIN SAMBUT.. MEREKA PUN SOMBONG DGN..RAKYATNYA..SEDIHNYA BILA RAJA2X KITA TURUN BERSAMA RAKYAT.. MUNGKIN MUKA SAUDARA PUN TIDAK ADA UNTUK MENYAMBUT . ..TETAPI KITA..KUTUK MEMANJANG.. ADAKAH MELAYU ISLAM DI AJAR SUPAYA IRI HATI DAN KURANG AJAR.. rAKYAT DI mALAYSIA PUN AMBIL IKHTIBAR.. BELAJAR DARI PERISTIWA LAMA.. SAYANG SERIBU KALI SAYANG.. RAKYAT KADANG2 TAHU LEBIH SEPATUTNYA TANPA USUL PERIKSA.. SEPERTI ORANG TUA TUA PERNAH BERKATA..LEBIH SUDU DARI BUBUH..

      Delete
  5. Satu kebangkitan bagi membersihkan nama mrereka merupakan initiatif mulla yang dituntut oleh agama. Saya nampak gerakan ke arah itu. Kesedaran boleh ditingkatkan melalui perancangan tersusun. Wawarkan usaha-usaha murni mereka kepada dunia melalui teater, musik dan film dokumentari. Hiburan mudah menyentuh perasaan dan boleh membangkitkan semangat patriotik.

    ReplyDelete
  6. takan melayu hilang didunia-sayang tanah tumpah darahku -dari terengganu

    ReplyDelete
  7. Y M Tengku Abdul Rahman a.k.a ayah man atau tok man..cucunda2 tokman sentiasa mendoakan kesejahteraan tokman..amiinnn..

    ReplyDelete
  8. Salam semua name saya Megat Abdul Matin Kerabat diraja dari singapore dulu saya tgl di istana kampung glam name tok saya ada la Tengku Alam Bin Tengku Abdullah dari keturunan sultan HUSSIN Muazzam Shah satu keluarga saya dari riau

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTW ni number saya +6591233014 saya tgh cari sedara saya yang saya tak knl atau pacik yg lain tolong kol saya ye

      Delete
  9. salam, sy amat tertarik membaca perkhabaran berita ini ...

    raja atau kesultanan melayu adalah insan yg mengenali sebenar benar Allah SWT.
    kebangkitan MELAYU berdasarkan pegangan dan akidah -Nya

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...Baru2..Ada buat pertemuan keluarga besar.. dua keluarga.... Mencari waris.....Aku pun tak pasti....betul aku ni salah satu Keturunan..Darah raja..Riau..Moyang aku haji Omar bin ???? Atok aku...Nama asal nya dukgerak..Atau dalam IC haji Yusof bin haji Omar...Mcm tu...Tapi ada kata Motong punya Motong aku ni asal dari Riau...Lari ke tanah Melayu besama 7 atau 9. Aku pun tak tahu...SSH nk kata..Kata keluarga satu lagi yg baru aku kenal..Yaktu sepupu..Kena dgn aku 4pupu..Kita org mmg keturunan raja....Dari Riau..SSH nk percaya..Tapi dari segi logik..Nya..Mcm ada...Bila aku selidik...Dari hari kehari mcm ia atau tak ia Aje... Keturunan aku dari daeng celak....Yaktu kisah daeng bersaudara... Pening juga fikir...Kn aku abaikan kn dulu...Tak nk fikir sangat....Tapi...Ada masa ada waktu pasti jumpa....Yg sekarang Dh jumpa...3 saudara yg ada satu di Muar...Dua di batu pahat...Aku di batu pahat..

    ReplyDelete