Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Friday, November 13, 2009

Kerajaan Johor - Riau


Kerajaan Johor – Riau


Pada tahun 1718, Raja Kecik daripada kerajaa Siak, yang mendakwa dirinya sebagai putera Almarhum Sultan Mahmud Shah yang mangkat pada tahun1699, telah menyerang dan menguasai kerajaan Johor. Setahun kemudian, Raja Kecik telah berpindah keRiau (Bintan) dan memerintah kerajaan Johor daripada pusat pemerintahan baru diRiau. Setelah tiga tahun kemudian, Raja Sulaiman yakni putera Sultan Abdul Jalil yang telah mangkat diPahang, telah berjaya mengalahkan dan menurunkan Raja Kecik daripada tahta kerajaan Johor dengan bantuan putera Raja Bugis lima bersaudara. Raja Sulaiman kemudiannya telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, dan kerajaan Johor kini dikenali sebagai Kerajaan Johor - Riau. Sultan Sulaiman kemudiannya telah menabalkan seorang daripada putera Raja Bugis lima bersaudara iaitu Opu Daeng Merewah yang juga dikenali sebagai Kelana Jaya Putera untuk menjadi Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Shah, sebagai wakil baginda memerintah kerajaan Johore – Riau. Tiga tahun kemudian Sultan Sulaiman telah menghantar rombongan keTrengganu untuk menabalkan ayah saudara baginda, Tun Zainal Abidin untuk menjadi Sultan Trengganu bergelar Sultan Zainal Abidin.


Kesah mengenai kejayaan putera Raja Bugis lima bersaudara yang telah membantu Sultan Sulaiman mendapatkan kembali tahta kerajaan Johor telah tersebar luas dirantau ini. Pada masa itu, dua daripada putera Bugis yang bernama Opu Daing Menambon dan Opu Daeng Kemasi telah pun meninggalkan Riau pergi keMempawah dan Sambas di Kalimantan dan masing masing menjadi Raja disana. Pada 1723, Sultan Kedah telah menulis surat meminta bantuan daripada Opu Daeng Parani, saudara yang tua daripada putera Raja Bugis untuk mendapatkan kembali tahta kerajaan Kedah yang telah dirampas oleh adinda baginda Sultan Kedah. Tidak lama kemudian, dengan bantuan Opu Daeng Parani berserta adindanya, Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah and Opu Daeng Celak, Sultan Kedah dapat semula menaiki tahta baginda.


Kekuatan kerajaan Johor – Riau dari segi ketenteraan telah berjaya melindungi serta mematahkan beberapa serangan daripada luar terhadap wilayah takluknya. Setelah beberapa tahun, kerajaan Johore – Riau yang berpusat diRiau telah bertambah makmur dan terkenal sebagai pelabuhan dagangan yang masyhur dirantau ini. Menurut adat pemerintahan kerajaan Johore – Riau, the Yang Dipertuan Muda memegang kuasa dan tanggungjawab yang luas didalam bidang ketenteraan, hubungan luar negara hinggalah ke ehwal dalam negari, ekonomi, social serta ehwal ugama. Setelah mangkatnya Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah, Sultan Sulaiman telah menabalkan adinda almarhum iaitu, Opu Daeng Celak untuk menjadi Yang Dipertuan Muda berikutnya dengan gelaran yang sama iaitu Sultan Alauddin Shah. Yang Dipertuan Muda Daeng Celak memerintah kerajaan Johore – Riau selama tujuhbelas tahun, putera baginda yang sulong, Raja Lumu telah menjadi Sultan Selangor yang pertama pada 1766 dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. Manakala putera kedua baginda iaitu Raja Haji, kemudiannya menjadi Yang Dipertuan Muda didalam kerajaan Johore – Riau pada tahun 1777.


Terpisahnya Singapura, Pahang, Johor Daripada Kerajaan Riau


Pada tahun 1812, Yang Dipertuan Besar kerajaan Johor – Riau, Sultan Muhmud Shah telah mangkat diLingga, tahta kerajaan telah diserahkan kepada anakanda Almarhum Sultan yang muda, Tengku Abdul Rahman sesuai dengan wasiat Almarhum. Anakanda Almarhum yang sulong bernama Tengku Hussien (Tengku Long). Dalam pada itu, orang orang British menerusi syarikat British East India Company yang telah menguasi Pulau Pinang diutara Semenanjung Tanah Melayu dan sedang mencari lokasi baru iaitu diSingapura bagi mengembangkan pengaruhnya. Pada masa itu Riau dan daerah selatannya hingga keSumatera adalah dibawah pengaruh orang orang Belanda menerusi syarikat Dutch East India Company. Pihak British telah menemui Temenggong Abdul Rahman, yang mentadbir Singapura bagi pihak kerajaan Johor – Riau, namun tidaklah dapat ia memberikan kebenaran kepada British untuk membina pusat dagangannya. Oleh kerana pihak British tahu bahawa Sultan Riau, Sultan Abdul Rahman tidak akan memberikan kebenaran sedemikian kerana pengaruh pihak Belanda, maka membuat keputusan untuk mengangkat dan mengiktiraf Tengku Hussien sebagai Sultan Singapura dengan sokongan dan bantuan daripada Temenggong Abdul Rahman. Setelah upacara penabalan diadakan diSingaputa pada tahun 1819, Sultan Singapura yang baru, Sultan Hussien Shah bersama sama dengan Temenggong Abdul Rahman telah menandatangani surat perjanjian dengan Sir Stamford Raffles bagi membenarkan pihak British East India Company menubuhkan pusat perdagangan diSingapura.


Pada tahun 1824, Anglo-Dutch Treaty atau Treaty of London telah ditandatangani oleh kerajaan British (United Kingdom) dan kerajaan Belanda (The Netherlands) yang antara lain mengandungi pembahgian kuasa keatas wilayah Kerajaan Melayu menjadi dua bahagian. Daerah Riau-Lingga dan kawasan selatan hingga keSumatra, yang sekarang ini merupakan wilayah Indonesia modern, diletakkan dibawah kuasa Belanda. Manakala Singapura, Johor, Pahang dan daerah lain diSemenanjung Tanah Melayu pula diletakkan dibawah kuasa British. Selepas tarikh tersebut, wilayah takluk empayer kerajaan Johor-Riau yang sudah terbahagi dan terpisah kerana perjanjian Anglo-Dutch Treaty tersebut, kini dikenali sebagai kerajaan Riau-Lingga kingdom. Selepas lima puloh tahun kemudian Pahang yang ditadbir oleh Bendahara dan Johore oleh Temenggong dibawah kerajaan Johore-Riau telah menaiki tahta kerajaan dan memerintah negara masing masing sebagai Sultan. DiPahang, Bendahara Wan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan bergelar Sultan Ahmad Muazzam Shah and diJohor, Temenggong Maharaja Abu Bakar ditabalkan sebagai Sultan bergelar Sultan Abu Bakar.


1 comment:

  1. Untuk ref, silahkan membaca naskah Belanda tentang sejarah Lingga Riau yang jelas menuliskan silsilah (stamboom) yang ditulis pada bulan januari 1855 oleh T.J. Willer, Residen Belanda yang dimuat dalam buku Bleeker et.al (1855) dalam Tidschrift voor Indische Tall Land en Volkenkunde pada halaman 411 dengan sub-judul "Stamboom der onderkoningen van Riouw".
    more at. https://www.sapripamulu.com/2020/08/jejak-raja-bone-di-kerajaan-riau-lingga.html

    ReplyDelete