Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Wednesday, November 11, 2009

Istana Kampong Glam, Singapura: Dahulu Dan Sekarang


Istana Kampong Glam asalnya dibina oleh Sultan Singapura, Sultan Hussein Shah pada tahun 1819 diatas tanah seluas 23 hektar (57 ekar) di Kampong Glam yang diberikan khas untuk baginda oleh pihak British East India Company. Istana tersebut dipercayai dibuat daripada kayu berlian didalam kawasan timur Beach Road. Apabila siap, kawasan istana tersebut meliputi dua kali ganda saiz daripada kawasan sekarang ini, yang dikurangkan pada tahun 1824 bagi pembenaan jalan, North Bridge Road. Sultan Hussein Shah menginap di istana tersebut sehinggalah sebelum kemangkatan baginda di Melaka pada tahun 1835.

Pembenaan Semula

Bentuk batu konkrit yang terdapat pada hari ini adalah hasil pembenaan semula atas arahan putera sulong Sultan Hussein iaitu Sultan Ali Iskandar Shah pada tahun 1835. Ianya dibina ditempat asal istana tersebut diantara tahun 1836 dengan tahun 1843. Bangunan Istana dua tingkat ini dipercayai telah di reka bentuk oleh arkitek British, George Drumgoole Coleman, sebahagian reka bentuk Istana ini sama dengan reka bentuk yang dibuat oleh arkitek Coleman, seperti bangunan Old Parliament House dan gereja Armenian Church. Ianya di bentu dengan gabungan stail (style) Palladian, yang sangat popular di England, dengan bermotifkan bentuk tradisional Melayu. Seluruh kawasan Istana ini dipagari oleh tembok batu dan beberapa rumah kampong kecil dibina disekitarnya untuk kerabat kerabat dan pembantu pembantu Sultan.

Setelah Istana ini siap dibina pada tahun 1843, Tengku Alam, putera sulong Sultan Ali menetap di istana ini sehingga ia meninggal dunia pada tahun 1891. Hasil pungutan sewa sebahagian tanah tanah disekitar kawasan Istana yang telah direstui oleh Sultan Ali dan Tengku Alam dahulu digunakan untuk menampung kerabat kerabat ayahanda nya menurut adat istiadat Melayu. Setelah Tengku Alam meninggal dunia, jenazahnya telah dikebumikan didalam makan DiRaja diMasjid Sultan yang berdekatan.

Pertelingkahan Waris

Pada tahun 1896, telah terjadi satu pertelingkahan diantara waris waris Sultan Hussein mengenai hak terhadap estet Kampong Glam dan perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah. Pada tahun 1897, pihak mahkamah membuat keputusan bahawa tiada siapa pun diantara waris waris Sultan yang mempunyai hak mutlak terhadap estet tersebut dan estet tersebut diletakkan dibawah penguasaan Kerajaan British. (Estet tersebut menjadi ‘state land’ atau tanah kerajaan apabila Singapura mencapai kemerdekaan).

Pada tahun 1904, Sultan Hussein Ordinance (warta kerajaan) menetapkan bahawa waris waris Sultan Hussein akan diberi hasil pendapatan daripada tanah tanah di estet Kampong Glam. Jumlah wang tersebut dihadkan kepada S$250,000 pada tahun 1991, dan kemudiannya disemak semula pada tahun 1999. Dibawah peraturan baru, kesemua waris waris yang berhak diberi pilihan sama ada untuk membahagi bahagikan wang sebanyak S$350,000 setahun selama 30 tahun secara ansuran atau pun mendapatkannya pada satu kali bayaran.

Waris waris dan mereka yang masih tinggal diIstana tersebut telah di pindahkan bagi membolehkan kerja kerja baik pulih dijalankan. Selama ini, Istana tersebut merupakan tempat kediaman peribadi bagi waris waris Sultan's descendants, sehinggalah ke tarikh kerja kerja baik pulih hendak dijalankan.

Taman Warisan Melayu

Istana Kampong Glam dan seluruh kawasannya telah dibaik pulih sebagai sebahagian daripada pembangunan pusat Taman Warisan Melayu pada tahu 2004. Reka bentuk istana tersebut telah dikekalkan sebagaimana yang telah di reka oleh arkitek Coleman dengan member tumpuan pada penyusunannya, ruang kawasannya, tembok sekelilingnya dan kawasan jalan menuju kebangunan istana. Bahan bahan kayu dan simen telah digunakan bagi membuat semula lantai dalaman bangunan istana tersebut. Istana Kampong Glam kini dikenali sebagai Taman Warisan Melayu. Ianya merupakan pusat pertunjukan budaya Singapura bagi warisan, budaya dan sejarah orang orang Melayu Singapura. Ianya terletak di alamat asalnya iaitu di Sultan Gate, Kampong Glam. Kawasan seluas 8,000 meter persegi (2 ekar) tersebut telah dilancarkan pada 27 November 2004. Istana Kampong Glam dan Gedung Kuning merupakan sebahagia daripada kawasan asal yang menuju kekawasan hadapan Beach Road pada masa dahulu. Sultan Gate pula mula disebut sedemikian sejak tahun 1950an. Yayasan Warisan Melayu mula ditubuhkan pada tahun 28 July 1999, dengan melakar projek utamanya bagi kerja kerja baik pulih Istana Kampong Glam pada tahun 1999. Siap pada tahun 2004, dan dibuka semula sebagai Taman Warisan Melayu.

Dikawasan Taman Warisan Melayu terdapat pohon Gelam, reke buntuk (replica) perahu Bugis dan penerangan mengenai sejarah orang orang Bugis dan perniagaan mereka. Musium Warisan Melayu juga terdapat disana yang menunjukkan warisan dan budaya Melayu diSingapura, menerusi bahan bahan artifak, multimedia dan diorama (model model patong) dan bahan bahan pertunjukan lainnya.

Pusat tersebut yang menganjurkan program Budaya Melayu dan workshops, dan juga pelbagai kegiatan memungut telah menyumbang dua pertiga daripada kos pengurusannya. Pada tahun 2008, Pemerintah Singapura telah mengumumkan langkah pemerintah untuk memberikan dana penuh sebanyak S$1.7 juta setahun kepada Taman Warisan dari jumlah satu pertiga dana yang deberikan setiap tahun sebelumnya. Bantuan dana daripada badab perintah, National Heritage Board itu akan dapat meningkatkan lagi pusat tersebut untuk menjadi museum bertaraf antarabangsa dan membuka peluang untuk bekerja rapat dengan museum museum terbaik rantau ini di Indonesia dan Malaysia.

11 comments:

  1. Assalamualaikum, R.M.Khalid.
    Tahniah atas sebuah laman web yang amat berinformatif sekali, memang menarik dan sesungguhnya kami teruja dengan artikel-artikel di sini... Semoga diri R.M.Khalid sekeluarga sentiasa dirahmati Ilahi, hendaknya. Mudah-mudahan akan terjalin persahabatan yang kukuh di antara kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saya nak tahu pasal istana kampong gelam dulu saya tgl di istana kanpon gelam saya blm tahu asl tok saya dan bonda saya keluwa dari istana kampong gelam bonda saya tak kasi saya tahu pasal ni sape2 tahu pasal istana kampong gelam kol saya ni number saya +6596110552.

      Delete
    2. Salam... awk blh cari abg sy.. sbb dia tgal dgn mak sy tg safiah b tg ahmad..

      Delete
  2. boleh tanya tak..adakah istana ini masih wujud sehingga hari ini ataupun telah dibeli oleh kerajaan singapura..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas melalui proses perundangan, Singapura menggunakan haknya ke atas IKG dgn menjadikan ia sebagai muzium warisan Melayu.

      Delete
  3. Yo!! Bagus Sekali!! Alhamdullilah!!!

    ReplyDelete
  4. terima kasih ..teringat pada datuk saya (tengku abdul rahman bin raja muhammad yusof)....mungkin lepas nie buleh buat jamuan keluarga besar-besaran di istana kota sri gelam

    ReplyDelete
  5. salam saya nak tahu pasal istana kampong gelam dulu saya tgl di istana kanpon gelam saya blm tahu asl tok saya dan bonda saya keluwa dari istana kampong gelam bonda saya tak kasi saya tahu pasal istana kampong gelam sape2 yg tahu pasal istana kampong gelam kol saya ni number saya +6596110552.

    ReplyDelete
  6. RM khalid u kenal tak dgn tengku aloyah,yg tinggal d istana itu?.dia nenek sy.tp sy x kenal.

    ReplyDelete
  7. Assalam..berapa orang anak Sultan Hussein ada?
    Adakah baginda punya anak puteri?

    ReplyDelete